Tuesday, May 29, 2012

tinggal kenangan

"Sabda Rasulullah saw : Hari yang aku tidak bertambah padanya ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah, tidaklah aku diberkati padanya."

(Hadis Riwayat Al-Tabrani, Abu Nu'aim dan Ibn Abdul Bar)

============================================================================================================

Salam. Kelas Pengajian Iqra', Al-Qur'an & Fardhu Ain akan ditutup pada 25/5/2012 kerana rumah yang disewa sekarang telah dijual oleh pemiliknya. Kami telah berpindah ke Bangi. Pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan. Harap maklum. Terima kasih. (KULIYYAH TAHFIZ UMMAH).

Berita ni betul-betul memeranjatkan aku. Dan buat aku sedih. Sangat sedih.

Naim boleh menulis jawi ketika berusia 4 tahun.

Itulah istimewanya tahfiz ni.

Pengajarannya cukup berkaedah. Bila aku tengok cara pengajarannya membuatkan aku merasa hiba. Ya Allah.. sabarnya mereka ini. Ikhlasnya mereka ini. Besarnya pahala yang mereka dapat. Yuran hanyalah RM80 seorang, bila dikira cuma RM4 untuk setiap kelas. Tapi hasilnya tak ternilai. Sangat tak ternilai.

Kak Long merupakan orang yang memperkenalkan aku dengan tahfiz ni. Anak-anaknya pun dihantar ke situ. 

Ketika tu aku di Puchong. Makcik Mariah dan anak-anaknya mengajar. Pergi balik takde masalah. Selain mengajar, makcik sediakan van jemput dan hantar ke rumah. Makcik yang drive. Kekadang suaminya, pakcik. Yuran hantar-jemput? Tiada. Tiada bayaran. Ikhlas sungguh makcik.

Nasib aku baik. Setelah aku pindah dari Puchong masih ada rezekiku menghantar anak-anak mengikuti kelas pengajian ni. Walaupun kelas di Putrajaya tapi kami gagahkan jua kerana ilmunya sangat bernilai untuk anak-anak kami. Di Putrajaya anak makcik, Husna yang mengajar. Kami menghantar Najwa bermula tahun lepas ketika umurnya 5 tahun. Seperti abangnya, Najwa turut dapat menulis jawi pada tahun pertama dihantar ke kelas pengajian.

Bukan setakat menulis jawi. Bahasa arab, terjemahan ayat Al-Qur'an, doa-doa, akidah, tauhid, feqah.. dan segalanya banyak dipelajari di sini. Mengaji sudah tentu. Kelas akan mengadakan peperiksaan sepertimana sekolah. Superb

Kelas pengajian ni memang fokus. Banyak nilai murni yang nampak pada anak-anak aku. Setiap kali habis satu kelas, pasti ada ilmu baru buat Naim Najwa.

Tapi tu semua tinggal kenangan. 

Bukan takde kelas mengaji di sini. Ada. Tapi kelas mengaji ni bukan sebarang kelas mengaji. Itu yang membuatkan aku merasa sangat kehilangan.

Gambar kenangan

Ya Allah.. Engkau ketemukanlah kami dengan sesuatu yang lebih baik. Ilmu yang dapat memberi manfaat kepada anak-anakku, hambaMu ini Ya Allah. Kerana kutahu.. Engkau Maha Mengetahui akan setiap sesuatu dan Engkau Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaMu. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Bantulah hambaMu ini Ya Allah..

1 comment:

Munajah Cinta said...

Aunty doakan Abg Naim akan mendapat ganti yang lebih baik..insya'allah.