"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
(Al-Hujurat : 18)
=========================================================
Aku sebenarnya tak berapa berminat nak menulis cerita pregnant. Tak berminat sebab takut ada yang sensitif. Seboleh mungkin aku akan cuba elak menyentuh isu ni. Sebab tulah aku tak pernah bercerita pasal aku pregnant sebelum ni.
Bagi yang memang sedang berusaha, memang akan sensitif bila bercerita pasal pregnant ni especially bila tau ada rakan taulan mereka yang pregnant. Tambah pulak asik bercerita pasal baby. Mental torture jugak tu.
Tapi bila ada yang bertanya tips menangani morning sickness.. bulehla aku share sikit-sikit.
Aku pegang pada satu prinsip.. mindset.
Jangan diikutkan morning sickness tu. Kalau rasa nak muntah tu jangan dilayan. Jangan manjakan diri, nanti anak tu manja. Prinsip ni aku dapat daripada Kak Long since aku pregnant Naim. Have a meals macam biasa. Jangan skip meals.
Jangan tunjukkan mengandung tu satu kelemahan. Jangan tunjukkan kita ni lemah bila pregnant. Kita tak lemah. Tu semua perasaan je.
Mengandung bukan alasan untuk mintak excuse. Mengandung bukan sakit jadi kita mesti kuat. Semangat mesti kuat. Jangan tunjuk yang mengandung selalu tak boleh buat itu ini. Orang mengandung pun sama macam orang lain tinggal lagi ada insan lain bersamanya.
Err tambahan sket.. aku paling tak suka panggilan ‘Mak Yong’ kepada orang mengandung. Uh.. allergy betul aku bila dengar perkataan tu. Rasa macam kena downgrade. Hahah. Gelaran tu sangat tak sesuai. Mengandung ni bagi aku satu anugerah Ilahi yang mulia. Kenapa perlu diberi gelaran?
Prinsip aku, walaupun mengandung, aku mesti buktikan aku jua boleh buat sepertimana aku tak mengandung.
Itu je la tips aku. Semoga kita semua punya semangat yang kuat dalam menempuh apa sahaja keadaan.
1 comment:
setuju sangat!
Post a Comment