"Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak."
(An-Nisa' : 1)
(An-Nisa' : 1)
==========================================================
Lama blog ni menyepikan diri. Hari ni baru berpeluang nak update.
Dalam pada aku dok saspen menanti ketibaan orang baru.. akhirnya pada 24 Mac 2012 aku selamat lahirkan bayi lelaki jam 2.10 petang di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kami namakannya Nazhan, yang membawa maksud - jauh daripada perkara yang dikeji.
Maka ada la yang bertanya bila pregnant.. tau-tau dah bersalin. Heheh.. yang tu aku akan ceritakan pada post selepas selepas ini ye.
Kalau nak ceritakan pengalaman bersalin ni of course la berbeza untuk setiap anak.
Kali ni aku LSCS lagi, sepertimana Najwa. Apa itu LSCS? Lower Segment Caesarean Section - yang orang dok panggil caesar tu la :-) Reason? Fetal Distress.
Hajat di hati memangla nak bersalin normal tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya. Aku redha dengan setiap ketentuanNya.
Yang pasti aku memang lupa cemana sakit nak bersalin. 9 tahun lepas je aku rasa sakit nak bersalin. Time Najwa memang takde sakit, yelah Najwa kan prematured baby yang kena force untuk bersalin.
Serius.. aku memang tak ingat cemana sakit nak bersalin. Sakan aku gugel sebelum tu - tiap-tiap malam tuhh gugel. Heheh.
Aku ke hospital pagi Sabtu (24 Mac 2012) lebih kurang pukul 2 pagi sebab ada show (tanda), bukan leaking or contraction. Sebelum tu sempat lagi aku emelkan apa yang patut kat anak buah aku. Maklumla aku plan nak start cuti 2 April 2012 which is my EDD. Bila dah turun tanda tu early than plan aku, dan supaya takde keje pending kat aku while aku cuti bersalin maka haruslah aku siapkan keje opis dan hand-over mana yang patut kat anak buah aku.
Dah siap buat keje, send emel tu baru kami ke hospital.
Cerita kat hospital bukaan berapa cm tu takyah citer la kot. Tu bukan cerita should be published. Yang pasti husband aku sentiasa ada di sisi masa aku sakit sehinggalah doktor decide nak buat c-sect kat aku which is husband is not allowed to be with in the OT. Tetiba aku rasa sedih. Tetiba rasa takut tak dapat jumpa husband aku lagi lepas tu. Tak taula kenapa aku pikir camtu.
Aku amik epidural. Masa tu memang dah contraction 1-2 minit sekali. So dah boleh teka bukaan berapa cm ;-) Terpikir jugak aku.. both sakit yang aku rasa ni.. adakah kifarah? Fikir-fikirkan dan muhasabah..
Once baby dah selamat keluar, nurse terus bawak baby kat aku, mintak aku cium baby. Airmata terus mengalir. Rasa sayang dan kasih pada anak yang 38 minggu di dalam rahim aku terus timbul. Sungguh touching part tu. Naluri yang disemat Allah di hati setiap insan bergelar ibu..
Baby dah selamat. Now part aku pulak..
Ada extended tear kat dalam masa buat c-sect (masih terngiang-ngiang doktor tu cam saspen bila ada extended tear), so anaesthetic tu kena tambah dos ubat bius dan stitch kat dalam tu agak banyak. Darah aku hilang 1 litre because of extended tear (extended tear tu most probably sebab dah pernah caesar sebelum ni). Almost nak kena buat blood transfusion sebab aku hilang banyak darah. Alhamdulillah HB aku tinggi so takdela blood transfusion. Setiap kesusahan itu pasti disertai dengan kemudahan.. itu janji Allah. Semua takkan berlaku tanpa izinMu.
Tu sume buat aku feel very scared. Menguatkan lagi apa yang aku rasa.. dah tak dapat jumpa hubby aku ke lepas ni? Serius.. itula dalam kepala aku. Baca Ayat Kursi dan mengucap tak henti kat bibir mulut aku. Mintak Allah ampunkan semua dosa aku. Terbayang-bayang wajah Naim Najwa. Ya Allah..
Hmm.. sampai camtu sekali aku leh pikir. Tapi bersalin ni memang antara hidup dan mati kan..
Dan terdetik di fikiran aku.. kerana itulah Allah meletakkan syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibu..
Sebelum ni aku assume bersalin normal lagi sakit - based on pengalaman aku bersalinkan Naim dan Najwa. Rupanya tanggapan aku tipis sama sekali.
Mungkin sebab condition aku bersalin Najwa tu amat jauh bezanya dengan aku bersalinkan Nazhan.
Sehari selepas bersalin Najwa aku dah buat CT scan. Esoknya aku buat BMA. 2 hari lepas tu aku dah start chemo. Fortnightly chemo lagi. Memang aku tak tau dan tak pasti dan tak rasa sakit buat caesarean. So aku buat kesimpulan bersalin normal lagi sakit.
Tapi kali ni aku sihat. Alhamdulillah. Lepas buat c-sect, memang terasa sakitnya. Itu aku akui. Tapi itu jauh lebih melegakan daripada c-sect yang aku alami sebelum ini. Syukur pada Allah.
Dan sebenarnya.. both punya sakit dan penjagaan yang tersendiri. Empunya badan perlu berfikir apakah rahsia dan hikmah di sebalik setiap kesakitan yang dialami. Aku ambik semua tu sebagai peringatan.. itu baru sakit nak bersalin. Belum lagi sakit di ambang Sakaratul Maut. Ya Allah.. takutnya..
Apa pun aku bersyukur, semuanya dah selamat. Yang pasti aku perlu didik amanah Allah ini ke jalanNya di samping aku sendiri perlu lebih mendekatiNya.
Dan.. hargailah setiap detik kehidupan ini. Sesukar manapun ia, ia hanyalah bersifat sementara. Akhirat jua yang kekal abadi. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNya..

No comments:
Post a Comment