Wednesday, April 18, 2012

har har har haruan

"Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

(Al-Baqarah : 208)

==========================================================

Naik 23kg. Turun cuma 10kg. Tu pun dah termasuk berat baby. Lagi 13kg ni guane citer?

Hmm.. takpelah. Yang penting sihat.

Cemana lak nak turun berat badan, semua aku bedal. Orang kata.. orang dalam pantang ni makan jangan bertambah. Tapi kalau dah hobinya makan, sangat sukar untuk melaksanakan kaedah tersebut. Orang kata jangan makan betik, aku makan jugak. Pisang pun aku blasah. Err.. termasukla pengat pisang. Sedap. Feveret aku tuh. Pendek kata semua buahlah aku makan. Nenas je aku tak makan. Bahaya untuk aku tuh.

Telur, ayam tu dah pasti la kan aku makan. Udang, sotong pun begitu jua. Tu tak masuk lagi minum kopi susu cicah biskut takpun makan roti ngan milo lepas makan nasik. Huhu. Semua aku buat ni demi Nazhan. Sian Nazhan nanti tak cukup zat pulak. Tak kisahla badan naik pun. Janji aku dan anak aku sihat. 20 hari Nazhan dah naik 1.15kg. Alhamdulillah.

Abis tu apa yang aku pantang ye?

Pantang jumpa. Heheh.

Aku pantang ikan haruan. Hahah. Pelik tul bunyinya. Orang lain sengaja cari ikan haruan kasi luka cepat sembuh. Especially orang yang buat c-sect cam aku nih. Aku ni the other way round pulak.

Aku tak taula. Minggu pertama aku bersalin tu asikla sakit kepala. Sakit yang amat. Daripada kawasan mata hingga ke belakang kepala.. ke tengkuk. Nak bukak mata pun takleh. Apatah lagi nak toleh kiri kanan. Aku rule out satu persatu. Memula aku kurangkan lada hitam dalam sup sawi. Pening lagi. Aku kurangkan kandungan milo dalam air milo, pening jugak lagi. Aku stop makan haruan. Terus tak sakit kepala. Wahhhh.. maka aku buat kesimpulan bahawa ikan haruan buat aku sakit kepala. Tak taulah teori aku ni betul ke idak. Har har har haruan.

Tapi dalam tak berpantang tu ada jugak yang aku pantang. Minuman berais dan sejuk dan jugak sayur yang sejuk dalam istilahnya; contoh bayam, kacang panjang dan yang sewaktu dengannya. Itu aku pantang. Of course la kan. Nanti kembong pulak perut anak aku.

Minuman berais tu takde masalah buat aku sementelah aku memang tak suka minuman berais. Tapi minuman yang sejuk sifatnya, tidak lain dan tidak bukan... teh. Itu memang kasi wa kecur airliur. Tunggula hari 101 nanti, itulah minuman pertama aku minum. Heheh.

Pantang atau tak, semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Nazhan dan aku serta kami sekeluarga. Amin.

4 comments:

Munajah Cinta said...

saya senyum jerr baca this entry :)))
sbb saya tahu penulisnya macam mana :)) saya mendoakan penulis dan baby sihat sentiasa!

tudungPeriuk said...

i love you, my dear. ai pon jenis tak pantang. makan yang berkhasiat untuk anak kita jugak, kan kan kan..

send my kiss to nazhan. makcik tak larat nak jumpa kamu, nak..nak bawak badan pun dah mengah :D

oh, tak sabar nak bergumbira mcm nono! he he he.

yatie said...

K Nono!!...Bagai nak pecah perut menahan gelak sorang2 dalam hati(kot gelak kuat-kuat sorang-sorang nanti orang cakap gilo ko apo, hehe). Saya ni time berpantang memang pantang sesungguh hati - tapi tak juga kurus-kurus, huhu..K Nono pulak hantam semua yer..
K Nono klu breastfeed takper mkn jer apa yg terlintas di minda...hehe..

cahaya petunjuk said...

munajah cinta,
thank you dear. semoga kita semua sentiada di dalam lindunganNya. Amin.

tudung periuk,
cepat-cepat dear menikmati kehidupan yang sangat bahagia ini! ;-)

yatie,
takpe tak kurus pun yatie. janji sihat :-)