"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Berdoalah kamu kepada Allah swt dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah swt tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa."
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani)
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani)
==========================================================
Telefon tangan aku berbunyi. Akak van yang bawak Naim call. Hati aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tak pernah dia call. Ada apa-apa ke?
Kak R : Naim datang sekolah tak hari ni?
Aku : Datang. Kenapa Kak R? (Jantung berdegup kencang)
Kak R : Naim takde la. Akak jalan dulu tadi. Akak dah sampai Dengkil ni. Akak ingat dia tak datang sekolah.
Aku : Takde? Dia memang ke sekolah hari ni. Habis tu dia kat mana sekarang Kak R?
Kak R : Akak hantar dulu budak-budak ni. Nanti akak pegi balik ke sekolah.
Ya Allah.. tak boleh jadi. Lambat tu. Segalanya mungkin dalam tempoh masa walau sesaat.
Naim kat mana sayang.. Ya Allah.. apa jadi kat Naim? Selamatkah dia? Ya Allah.. lindungilah anak aku Ya Allah..
Kenapa jadi camni? Kalau Naim tak ke sekolah aku tak pernah lupa inform Kak R. Kenapa Kak R tinggalkan Naim?
Aku tak drive. Cemana aku nak ke sana? Call husband aku. Takde jawapan. Hati makin tak keruan.
Aku keluar bilik. Alhamdulillah nampak ex-anak buah Che Su. Dan dan tu aku mintak dia bawak aku pegi sekolah Naim. Dia tak menolak untuk menolong. Aku hilang rasional. Hari ni hari Jumaat. Lupa diorang nak gi smayang Jumaat. Suhaila.. anak buah you ni memang baik.
Dia drive macam ribut. Tau aku dalam kerisauan.
Sepanjang perjalanan mulut aku tak henti membaca Ayatul Kursi. Jejari bertukar-tukar menalifon suami aku dan guru kelas Naim. Both no answer.
Ya Allah.. tuhan sahaja yang tau perasaan aku.
Sampai kat sekolah Naim aku tengok Naim takde. Degupan jantung makin laju. Aku meluru ke pejabat sekolah. Jumpa kerani, tanya cemana nak jumpa guru kelas Naim.
Alhamdulillah terserempak dengan guru kelas tu. Bagitau apa yang berlaku, kami sama-sama mencari Naim.
Kejap jalan laju. Kejap aku macam berlari. Dah tak pikir pasal keselamatan aku. Janji anak aku selamat. Ya Allah.. kuatkanlah semangatku. Aku keep calling my husband. Macam-macam dalam fikiran aku. Nak nangis pun ada time tu. Tapi aku takleh nangis. Ni bukan masanya. Aku mesti kuat.
Tergerak hati aku nak telefon rumah. Teringat Najwa. Mintak maid aku tengok Najwa dan bagitau kalau apa-apa berlaku.
Naim jawab call.
Aku tergamam.
Aku : Cemana Abang sampai umah?
Naim : Naik van Acik.
Aku : Tadi Acik bagitau Mama Abang takde dalam van. Mama kat sekolah Abang ni, cari Abang. Nak nangis Mama nengok Abang takde kat sekolah.. Rupanya Abang dah sampai umah.
Naim : Mama nangis ke? Abang mintak maaf Mama.
Aku : Takpe Abang. Abang tak salah.
Ya Allah.. Kak R tak acknowledge aku yang Naim sebenarnya ada dalam van dia.
Lepas jumpa dengan guru kelas Naim dan inform dia apa yang berlaku, aku masuk balik keta ex-anak buah Che Su. Dia hantar aku ke opis balik semula. Jam menunjukkan pukul 1 petang. Alhamdulillah sempat lagi diorang gi smayang Jumaat..
Sampai opis aku terduduk di lobi. Speechless.
Pastu baru aku call Kak R. Dia pun akui Naim ada dalam van dia. Ya Allah akak.. napelah tak bagitau saya..
Tak pernah lagi lutut aku longlai macam tadi. Tak pernah lagi aku rasa jantung luruh macam tadi. Tak pernah lagi aku rasa cam nak hilang akal macam tadi. Ini pertama kali. Dan moga ini terakhir kali.
Itu baru mendapat berita tak jumpa anak. Tak dapat bayangkan ibubapa yang kehilangan anak. Wa iya uzubillah..
Doa mohon Allah memelihara dan melindungi anak-anak aku tak pernah lekang daripada hati dan mulut aku. Itulah harta yang tak ternilai dalam hidup aku. Moga semuanya dipelihara, dilindungi daripada segala perkara yang tidak baik. Ya Allah.. hanya kepadaMu aku bermohon dan bergantung harap..
No comments:
Post a Comment