"Dan setiap manusia itu telah Kami tetapkan amalan perbuatan mereka sebagaimana tetapnya kalung pada lahirnya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka."
(Al-Isra' : 13)
(Al-Isra' : 13)
==========================================================
3 minggu lepas dah amik EES. Sakit tekak dan batuk ada kurangnya. Selsema ni payah nor nak baik. Kena ikut saranan Kak Long ni - makan telur separuh masak 2 bijik sehari untuk hilangkan selsema. Kejap-kejap sumbat hidung aku ni. Kejap-kejap hidung berlari. Stress kah? Dak aih.. ok je ni..
Dan malam tadi.. tetiba aku demam. Siangnya masa kat opis ok je. Siap travel pegi meeting lagi. Malam tu rasa lain macam. Demam panas!!! Agak tinggi 38.8 degree. Mak aaiiiii... memang panas sungguh. Ditambah pulak dengan tight chest. Dah.. takleh nak tarik nafas pulak dah. Sangat menyeksakan jiwa. Itu pun dah puff flixotide. Memang tak miss dah flixotide since aku kena attack asthma hari tu. Haihhhh... kurang lak antibodi makin meningkat usia nih.
Tu la satu silapnya. Flixotide ni mencegah bukan merawat. Aku ni pakai prinsip sendiri. Sudahnya kena la puff tiap-tiap malam. Ventolin tu memang aku tak berani. Takut laju lak heartbeat nanti.
So malam tadi kami ke Emergency Hospital Putrajaya. Aku puashati dengan treatment yang doktor tu bagi - thorough check. Siap dapat MC lagi. Heheh.
Hasil FBC didapati WBC aku slightly high, 13.4 which is normal is 4.5 - 10. Nampak sangat demam aku ni because of infection. Tapi syukur Hb aku ok. So solution sudah pasti antibiotik. Kali ni aku mintak Augmentin pulak since EES dah amik 3 minggu lepas. Amik yang lagi power la pulak kan. Tapi of course la mintak advice doktor dulu. So Augmentin + PCM + flixotide. Ubat batuk dan selsema yang doktor bagi aku tak makan. Kang kojo eh tido yo. Tak baik untuk kesihatan.
Malam tadi tidur dudukla aku. Nak baring, susah nak bernafas. Sakit lak tu bila inhale. Dengan menggigil kesejukan dek kerana demam.. terasa begitu diuji. Macam-macam ada dalam pikiran aku. Ada sakit lain ke apa ni? Aku ni memang paranoid bila sakit. Yang pasti.. demam - ujian atau kifarah? Muhasabah..
Sian Naim. Dahla minggu ni exam. Tak dapat aku nengok sangat. Since aku tak bape nak sihat ni memang aku tak dekat sangat ngan anak-anak. Takut berjangkit lak selsema ngan batuk aku nih.
Terima kasih buat suamiku yang senantiasa bersamaku dan bersama anak-anak.
Sesungguhnya Allah telah berfirman bahawa setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kemudahan. Diulang lagi, setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kemudahan. Tinggal lagi.. adakah manusia berfikir bahawa kesusahan itu hanyalah bersifat sementara dan kemudahan yang diberikan adalah berkali ganda lebihnya jika dibandingkan dengan kesusahan yang dialami.
Bersyukur serta bertawakkal kepadaNya sentiasa di atas ujian yang diberikan kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia.
No comments:
Post a Comment