"Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud : "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ia lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah swt.""
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
==========================================================
Pagi tadi aku ada meeting kat satu agensi. Jam 10.42 pagi aku dapat mesej daripada husband aku.. Adik Faris dah meninggal.
Terpaku. Airmata aku mengalir tanpa disedari. Dan aku bangun keluar dari bilik meeting. Menuju ke bilik air. Ya Allah.. Allah lebih menyayangimu nak..
Entah kenapa.. cerita adik Faris sangat menyentuh jiwaku.
Sampai ke ofis aku baca catatan dari blog saudara Mazidul. Mata semakin berkaca. Aku sebagai ibu, dapat merasakan apa yang dirasai oleh ibu Faris. Tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Satu persatu post saudara Mazidul kubaca. Tapi post ini membuatkan aku tewas. Airmata jatuh dengan sangat laju. Ya Allah.. besar ujian buat adik Faris. Tak dapat aku bayangkan kesakitan yang dialami. Besar jua ujian buat ibu dan ayah Faris.
Tapi aku tau.. keredhaan mereka dengan takdir yang menimpa akan dibalas dengan ganjaran pahala yang sangat besar.
Ya Allah.. sesungguhnya segala yang ada di langit dan bumi ini adalah milikMu. Kami dan apa yang kami miliki hanyalah pinjaman dariMu semata. Bila-bila masa sahaja Engkau boleh bagi. Dan pada bila-bila masa juga Engkau boleh menariknya kembali. Subhanallah.. kerdilnya kami ini.
Dan sesungguhnya.. setiap yang hidup itu pasti akan mati. Begitu jua aku. Yang pergi tetapkan pergi. Yang hidup perlu berusaha yang terbaik kerana satu hari nanti yang hidup jua akan mengikuti jejak langkah yang telah pergi.
Betapa banyaknya dan besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Tetapi kita sebagai hamba sering lupa dan lalai dibuai kehidupan duniawi.
Damailah Faris Nur Daniel di sana. Engkau telah dijanjikan syurga nak.Tiada lagi kesengsaraan yang kesakitan yang engkau rasai. Inilah anak yang bakal menunggu di pintu syurga. Menanti kedatangan ayah dan ibu mereka. Subhanallah..
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment