Monday, January 02, 2012

lapang dada

"Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan. Ada jua yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah. Ingatlah bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada yang bersabar."

==========================================================

Dah lama tak bersiaran. Sebok benar menteri tak berpotfolio nih. Khabar Eena tak bertanya, keadaan Ina pun tak aku buat susulan, terkini Saba pun tak aku panjangkan. Kak Siti bersalin pun tak lawat lagi. Adehhh..

Penangan menuntut ilmu boleh tahan juga nampaknya.

Itu baru sahabat handai. Anak-anak lebih lagi. Syukur pada Allah aku dikurniakan suami yang sangat memahami. Syukur jua Allah memudahkan aku dengan kehadiran pembantu rumah yang memang sangat membantu. Andai tiada, umpama dilanggar garudalah keadaan aku.

Demi menggantikan masa yang telah suami dan anak-anak korbankan untukku, kami meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama. Walaupun masa yang telah berlalu itu tidak terbayar dengan percutian, tapi setidak-tidaknya anak-anak seronok dan bahagia.

"Nanti Abang boleh buat karangan percutian di cuti sekolah", kata Naim.

"Najwa nak cerita dekat Alia Najwa pegi bercuti", kata Najwa pulak.

"Mama.. Abang rasa seronok sangat cuti kali ni. Abang takkan lupakan sampai bila-bila kita bercuti ni. Nanti insyaAllah kita datang lagi ye Mama..", tambah Naim lagi.

"Najwa pun seronok sangat. Kalau cuti insyaAllah kita datang lagi ye", Adik turut menambah.

Itu yang buat aku rasa sangat seronok. Walaupun percutian kami hanyalah singkat tapi setidak-tidaknya anak-anak ini menyimpan kenangan yang tersemat di hati hingga ke hujung nyawa mereka sepertimana aku menyimpan kenangan percutian bersama keluarga di kala usia kanak-kanakku.

My man, my boy and my girl. Tiba di puncak ladang teh Sungai Palas bersuhu 18 celcius setelah pendakian yang mendebarkan

Dengan kulat pun jadi ye anak-anak..

Tergambar wajah-wajah gembira anak-anak di ladang teh Cameron Bharat

Buat aku seronok lagi bila dapat kuntuman ros I-LOVE-U daripada suami tercinta. Hanyut dibuai cinta rasanya. Hahah.

Bila nengok gambar-gambar ni.. baru tersedar bahawasanya sangat lama kami tak bawak anak-anak bercuti. Sebok benar Ayah dan Mama. Sebok menguruskan urusan duniawai. Demi untuk anak-anak tercinta. Allahuakbar.. semoga Allah memberkati kami sekeluarga.

Dan minggu ni aku bercuti lagi. Sedang orang lain sudah memulakan kerja, aku lepak agung di rumah. Mengganti percutian mereka di penghujung tahun, kini giliran aku pula bercuti. Depa ni bercuti lagi sakan.. London, Amsterdam, Italy..

Ahh.. sungguh bahagia. Walaupun aku hanya bercuti di Dengkil seminggu ni, namun itu sudah memadai. Terasa seperti anak raja. Sekali lagi dengan kehadiran pembantu rumah, aku punya masa yang sangat banyak untuk diriku sendiri. Tinggalkan dulu mesyuarat sana sini. Bahagiakan diri dulu sementara diberi peluang. Kita berjumpa 9 Januari nanti ye!

Kasi can la kannn....

1 comment:

Munajah Cinta said...

eena ok je..
selalu tertanya2 khabar CP di sana