"Berilah peringatan kerana peringatan itu amat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman."
(Az-Zariyat : 55)
(Az-Zariyat : 55)
=======================================================
Benarlah.. Islam menuntut umatnya menziarahi orang mati. Lebih-lebih lagi ketika melihat detik kematian.
Cukup menginsafkan. Insaf.
Rumah besar ditinggalkan..
Harta yang dikumpul menjadi kenangan..
Pangkat dan darjat hilang berterbangan..
Rupa yang cantik tiada lagi kelihatan..
Di dalam kubur tinggal keseorangan..
Hanya amalan yang menjadi peneman..
Arwah Ayah pernah membacakan puisi ini padaku sambil mengusap rambutku. Masih segar dalam ingatan..
Fikir itulah pelita bagi hati,
yang mendapat kita ingat akan mati
Ingat-ingat serta fikir sehari-hari,
di dalam kubur kita duduk seorang diri
Jika hidup kita dapat harta jenuh,
itu akhir tinggal masuk dalam tanah
Ghalib ikut akan nafsu dengan hawa,
dari masa tubuh muda sampai tua
Dari petang nanti pula akan pagi,
lama-lama hingga sampai tanggal gigi
Rumah besar kampung luas ada ia,
itu akhir tinggal jugak akan dia
Hai segala anakku sekalian,
sungguh-sungguh jangan tinggalkan sembahyang
Demikian lagi zakat dan puasa,
itu buatlah olehmu sentiasa
Dengan susah yang sedikit kamu dapat akan senang lama di akhirat.
- Dipetik dari buku 'Lagu Dodoi Melayu Patani'.
yang mendapat kita ingat akan mati
Ingat-ingat serta fikir sehari-hari,
di dalam kubur kita duduk seorang diri
Jika hidup kita dapat harta jenuh,
itu akhir tinggal masuk dalam tanah
Ghalib ikut akan nafsu dengan hawa,
dari masa tubuh muda sampai tua
Dari petang nanti pula akan pagi,
lama-lama hingga sampai tanggal gigi
Rumah besar kampung luas ada ia,
itu akhir tinggal jugak akan dia
Hai segala anakku sekalian,
sungguh-sungguh jangan tinggalkan sembahyang
Demikian lagi zakat dan puasa,
itu buatlah olehmu sentiasa
Dengan susah yang sedikit kamu dapat akan senang lama di akhirat.
- Dipetik dari buku 'Lagu Dodoi Melayu Patani'.
No comments:
Post a Comment