"Oleh kerana itu hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari yang tak dapat ditolak kedatangannya."
(Rum : 43)
==========================================================
Marah betol orang pada Sharbinee. Dan dan tu orang ramai create page untuk dia.
Manusia memang begitu. Kesilapan orang nampak benar. Kesilapan sendiri tidak sedar. Menang dipuji, kalah dicaci.
Aku orang Terengganu. Aku penyokong setia Terengganu. Dan aku bangga menjadi rakyat Terengganu. Terengganu kalah melawan Negeri Sembilan Piala Malaysia malam ni.
Apa perasaan anda jika anda rakyat Terengganu? Atau perasaan anda kalau anda memang rakyat Terengganu?
.....
....
...
Doksohla maroh. Cer tera mung dok atah padang diri depang tiang gol tu. Buleh mung perform molek daripada Sharbinee? Memanglah mung kata mung dokleh sebak alasang mung bukang pemaing professional. Sharbinee tu professional. Doh kalu gitu.. cer pikir dengang akal hok warah ni.. logik dok Sharbinee sengaja wi bola tu masuk gol?
Dok kangla dia sengaja wi bola tu dok dalang gol.. acu gok pikir..
Hmm.. cer gok mung duduk muhasabah sket. Dia pong manusia biase supe kite. Ada masa ghalik gok. Kite pong gitu. Cuma kita ghalik tu orang laing dok prasang. Allah je prasang kita ghalik. Nok prasang guane kita bukang duduk depang orang serama se stadiung tu. Kita ghalik orang dok napok. Tapi kalu kita ghalik gitu ada orang ngutuk kita? Takdok kang..
Jadi doksoh maroh. Dia pong sedih Teganu kaloh. Dia pong takmboh Teganu kaloh. Bo ah ngutuk dia. Doksoh beng wak page ke dia ah. Nyanye ke dia. Cerming diri kita lu sebelong nok tengok kokghang.
Aku takdok kaitang dengang Sharbinee tu walaupung aku orang Teganu. Jangang pulok ingak aku backing dia sebak dia sedara aku. Dok. Takdok kena ngena pong. Kena ngena sebagai saudara seislam je.
Dok taulah kalu orang kata aku ni takdok semangak kesukanang ke apa. Macang takdok perasaang je bila Teganu kaloh cara tuh. Mana buleh takdok perasaang. Orang dok tau aku debor lenyak nok tengok pasukan aku lawan pasukan laki aku. Hahah.
Suka ati ah nok kata apa pong. Aku cuma dok suka bila orang ngutuk-ngutuk orang ni. Macang la hok ngutuk tu baguh sangak.
Sebenornya Allah surat blake doh. Kita hamba kerdil ni je dok tau masa depang. Jadi dok payoh kita ngutuk orang sebak kita seme ni pong dok seperna. Ni kang cuma sukang. Jangang ambik ati ngat..
Ho.. molek.. dang dang tu cakak Teganu.
Switch lidah balik.
Apa-apa pun perlu terima hakikat yang malam dan untuk musim ni Piala Malaysia tu bukan rezeki Terengganu. Adat perlawanan ada menang dan kalah. Musim depan ada lagi. Jangan jatuhkan semangat pemain dengan kata-kata cacian. Sebaliknya bagi la peluang untuk mereka bangkit semula. Buat team Teganu.. anda kalah di mata mereka, tetapi tidak di mata kami. Peteh Teganu Peteh!
No comments:
Post a Comment