"Jika kita mengingati Allah sewaktu kita sihat, nescaya Allah akan mengingati kita di waktu kita sakit."
========================================================
Bebaru ni aku outstation. Dekat je tapi rindu pada suami dan anak-anak sangat mencengkam jiwa. Huhu. Aku memang takleh berjauhan daripada mereka. Malam-malam kami video gtalk. Haih.. tu belum lagi anak masuk asrama. Kalau masuk asrama Mamanya pulak yang over nanti. Anak atau ibukah yang manja? Hahah.. tepuk dada tanya iman..
Oklah.. sambung citer pasal outstation aku..
Malam tu senior officer aku belanja makan seafood kat Bagan Lalang. Ada kerang bakar, ada pepahat (1st time aku dengar nama siput cenggitu dan aku nengok rupa haiwan ciptaan Allah tu - punyalah aku ni tak mesra dengan makhluk bernama seafood - pepahat ni masak sambal + telur), sotong celup tepung, ikan jenahak bakar dan mi seafood. Belanja makan ni bukan untuk dinner tapi supper. Heheh..
Pilihan aku tak lain tak bukan, mi seafood. Tapi aku takdelah memancing seafood dalam tu. Aku cuma makan 2 ekor udang. Selebihnya aku pancing cili. Pedas kassi sengatttttt. Baru terangkat. Pastu aku rasa jugak kuah pepahat tu, amik ati senior officer yang belanja tu kan. 'You kena try ni, rasa dia macam lala.' Ni gambor pepahat masak sambal + telur.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sila sambung sendiri.
Malam tu kami tido dengan sangat lena. Bangun pagi esok aku rasa cam nak demam. Memula blocking nose, lepas tu hidung pulak berlari. Tambah lagi sakit kepala dan badan dah rasa lain macam. Sakit tekak tu sudah pasti. Sampai hari ni aku masih lagi rasa tak bape sihat. Sungguh tak mesra aku dengan makanan laut. Walhal aku hanya makan 2 ekor udang.
Esok petang tu kami ke Kampung Kundang. Hajat di hati nak cari kerepek. Tapi dah petang kedai pun dah tutup. Maka kitorang sambung terus perjalanan ke Morib. Heheh. Sempat lalu Tanjung Sepat dan juga tempat pembuangan abu mayat .... isshhh.. scary..
Alang-alang dah sampai petang, terus kami dinner kat situ. Kali ni bos pulak belanja. Heheh. Ada kerang bakar, 2 ekor ikan jenahak bakar dan sata. Lain-lain menu biasa, char kuey teow, nasi goreng USA dan aku punya menu nasi goreng ladna. Tapi masing-masing amik makanan daripada pinggan orang lain jugak. Nak merasa sume menu la katakan. Heheh. Disebabkan aku dengan seafood sangat tak mesra, aku tak amik pun seafood tu. Sume dok kata aku hilang satu nikmat dunia. Nok buat guane ye dok..
First time aku minum air kedondong asam boi. Tapi seteguk je la. Maklumlah.. air sejuk. Diorang dok gelakkan aku tak kenal buah kedondong. Dokla explain jeruk kedondong. Lagilah aku tak tau. Aku kan tak makan jeruk. Tu la minuman depa ni. Aku cam biasa teh o limau suam ;-)
Gitulah antara citer outstation aku. Aku dan seafood. Next week ada lagi satu outstation. Rindu lagilah aku kat suami dan anak-anak. Kata husband aku, masa aku takde hari tu lama Naim baca doa lepas smayang Maghrib. Bila ditanya Naim doa apa? Kata Naim.. dia doa semoga Mama pulang dengan selamat. Menitik airmata aku.
Malam sebelum aku pegi tu lagi Naim siap nangis. Sedih benar dia aku takde. Malam tu dia tido ngan kami. Sian aku nengok anak-anak aku. Cemanala agaknya anak-anak yang selalu kena tinggal. Tuntutan kehidupan terlalu mencabar..
Terpikir pulak aku.. cemanala kalau aku betul-betul takde. Ya Allah.. Engkau panjangkanlah umurku. Berikanlah peluang untuk aku mendidik mereka ke jalanMu Ya Allah..

No comments:
Post a Comment