"Rasulullah saw bersabda bermaksud : Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya melihat keduanya itu : (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)
===============================================================
(Riwayat Muslim)
===============================================================
Ginilah sahabat aku sorang ni. Mentang-mentangla aku ni hard core PH, dihadiahkan ni untuk besday aku. Wow!
Aku ni memang tak kesah sangat dah pasal besday. Believe it or not.. aku sendiri pun lupa ngan besday aku kali ni. Adakah ini jua faktor penuaan? Hahah.
Serius. Kali ni memang aku tak into ngan besday. Ntah kenapa. Ke ini besday terakhir buat aku? Who knows kan?
Memang daripada kecik aku tak pernah didedahkan dengan besday-besday nih. Arwah Ayah tak pernah amik port. Mak pun gitu. Nak bagi hadiah tak tunggu besday, kata Ayah. Tapi memang ye pun. Arwah Ayah aku ni memang sentiasa menghadiahkan memacam kat anak-anak dia.
Setiap kali weekend pasti ada aktiviti bersama keluarga, picnic tepi pantai, gotong-royong,..
Dapat bagus dalam exam, dapat hadiah.
Setiap kali cuti sekolah mesti makan angin.
Nak makan apa, cakap je. Bab makan memang takde hal. Janji halal dan tak melampaui batas.
Bagi aku, itu dah lebih daripada hadiah. Masa yang berkualiti bersama keluarga adalah hadiah yang tak ternilai!
Jadi kami adik-beradik jadi tak kesah dan seringkali tak perasan kewujudan besday ni. Ok je rasanya. Mungkin kerana kasih sayang Mak Ayah tu dah menutupi hadiah besday dan segala mak nenek celebration nih.
Aku je yang saje buat amik kesah ngan besday. Adik-beradik aku stone je bab-bab besday ni.
Memula aku tak perasan perubahan pada diri aku. Perubahan? Aku yang berubah? Err.. maybe..
Lately la. Bila opis aku celebrate besday opismet setiap bulan, aku tak pernah joint. Then aku perasan. Aku dah tak berminat ke arah itu. Err.. dah sampai besday ni maknanya makin singkat umur kita kan?
Apa-apa pun, terima kasih Suhaila. Less 40% memang sangat menarik ;-)
2 comments:
wah...bestnye dp prezen PH....(mampu tgk jer..heheh!)
epi belated besday norul...
Moga bertambah2 rezeki dan nikmatNya (untukmu dan diriku sekali)...:-)
mamaisy,
terima kasih. sudahnya ai tak pegi. anakanda tak sihat pulak. gitulah.. kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
moga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmatNya.
Post a Comment