Monday, July 25, 2011

kasih sayangMu mengatasi kemurkaanMu. Subhanallah..

"Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka."

(At-Taubah : 103)

=========================================================

Kata Mak, banyakkan bersedekah. Banyakkan bersedekah. Amalan tu akan tolong kita dalam kubur nanti.

Islam pun menuntut supaya umatnya memperbanyakkan bersedekah. Lebih-lebih lagi orang perempuan.

Satu cerita yang terjadi kepada diri aku sendiri beberapa bulan lepas.

Aktiviti biasa setiap petang Jumaat ialah mengunjungi pasar tani/malam Putrajaya. Macam-macam nak beli. Murtabak kesukaan suamiku, gulai kawah kesukaan aku, roti john kesukaan Naim Najwa, pisang, buah-buahan (pembasuh mulut wajib di rumah), akok, kuih kelapa, ish.. memacam lagi la kalau nak senaraikan kat sini.

Tah camana nak jadi cerita, sampai pasar malam baru aku pasan duit dalam purse aku cuma ada RM20 je. Aiseh. Aku lupa nak withdraw tadi. Erkkkk!!! Cemana nak membeli-belah ni?

Takpe. Kena berpada-pada dalam membeli. Camnila kalau orang susah membeli.

Harga pisang berangan + pisang nangka = RM2.90. Aku bagi RM3. Penjual tu hulurkan baki seposen, aku kata takpe keep the change. Tingat pesan Mak. Banyakkan sedekah. Tak kaya kita dengan duit seposen tu. Sedekahkanlah. Penjual tu macam speechless.

Aku round lagi. Tak sedar diri duit dah tak banyak. Sampai kat orang jual akok, punyala aku terliur. Akok ni antara kuih feveret aku. Dan Naim pun suka kuih ni. Naim banyak suka kuih Terengganu. Kata Mak, aku ni suka kuih yang orang tua suka. Heheh. Ye la kot. Hanya mak yang betol-betol mengenali anaknya ;-)

Sekali aku nengok dalam purse sudah kering kontang. Gulp! Cemana leh beli barang tak sedar sudah keputusan wang? Aiseh. Takde can la nak makan akok hari tu. Huhu.

Aku hanya mampu nengok kuih tu. Putih mata. Tiba-tiba..

"Kak amikla kuih ni. Saya beli dua ringgit. Macam tamak pulak. Makanan dah banyak yang beli ni. Sampai rumah nanti tak habis pulak", kata sorang pembeli akok sambil menghulurkan plastik akok kat aku.

"Eh takpe.. ", stunned and puzzled.

"Saya tak usik lagi kak. Baru je beli tadi", kata budak pompuan tu lagi.

Aku tau. Aku nampak. Sebab dia kat depan aku tadi.

"Ambikla kak", terus diletak plastik akok kat tangan aku dan budak tu hilang entah ke mana.

Aku berdiri. Terpinga-pinga. Aku hiba. Airmata aku jatuh satu persatu di khalayak ramai.

Bukan hiba sebab dapat akok. Tapi hiba dengan kasih sayang Allah.

Tiba-tiba Allah datangkan ingatan aku pada seposen yang keep the change tadi.

Aku hanya sedekahkan seposen, yang boleh dikatakan tak bernilai pun. Allah balas aku RM2, cukup besar dengan perbandingan nilai kepingin aku pada akok. Aku cuma nak beli singgit. Tapi aku dapat
double. Ternampak wajah Mak. Pesan Mak. "Tak kaya kita dengan duit seposen tu. Sedekahkanlah."

Allahuakbar.

Aku hiba dengan kasih sayang Allah. Itu baru seposen. Kalau lebih apatah lagi. Itu baru balasan di dunia. Balasan akhirat apatah lagi..

Aku hiba dengan kasih sayang Allah. Allah penuhi permintaan aku. Allah sentiasa penuhi permintaan aku. Tak pernah terlintas di pikiran aku ada orang akan bagi kuih tu kat aku. Tak pernah.

Dalam keta tak henti airmata aku menitik. Ya Allah.. sayangnya Engkau padaku. Aku tak kenal budak pompuan tadi. Budak tu pun tak kenal aku. Tapi Allah gerakkan hati dia untuk sedekahkan pada aku. Entahkan dia tu manusia atau malaikat yang Allah datangkan untuk aku. Subhanallah.. hibanya.. sayangnya Engkau padaku Ya Allah.. aku je yang tak tau bersyukur dengan setiap pemberianMu. Subhanallah..

Arwah Ayah banyak kali pesan.. kalau ada orang datang kepada kita tak kira di rumah atau di mana, minta sedekah, bagi. Jangan sombong. Sikit pun takpe. Memang Allah suratkan rezeki dia ada pada kita. Jangan takut untuk memberi kerana bimbang kita pula yang tak cukup. Hidup kena yakin seratus peratus kepada Allah. Yakin bahawa Allah pasti ada untuk kita. Yakin bahawa Allah sentiasa membantu kita. Yakin bahawa Allah melihat kita setiap masa. Keyakinan sepenuhnya kepada Allah itulah menjadikan kita hamba yang taat.

Dan Allah Maha Melihat aku berputih mata teringin nak makan akok. Subhanallah.. terasa begitu kerdil diri ini.


Pesan arwah Ayah lagi.. kita tak tau samada orang yang datang itu betul manusia atau Allah hanya menguji kita dengan menghantar malaikat. Tak siapa yang tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Allah ingin melihat sekadar mana sayangnya kita pada harta yang dipinjamkan Allah, yang sebenarnya bukan milik kita pun. Subhanallah..


Aku menulis bukan untuk bercerita pasal aku bersedekah. Apa sangatlah nilai seposen itu. Tujuan aku menulis entry ini ialah untuk menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambaNya yang tersangat luas. Tak kira walau hambaNya sering berbuat dosa, tapi limpah kurniaNya mengatasi kemurkaanNya.

Dan sebenarnya Allah nak aku perbanyakkan lagi sedekah. Bila dimuhasabah.. itu antara titik tolak pemangkin untuk aku lebih banyak bersedekah. MasyaAllah.. sayangnya Allah pada aku.

Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya dosaku teramat banyak tapi kasih sayangMu mengatasi dosa yang kulakukan. Subhanallah..

5 comments:

Munajah Cinta said...

indah !

saba said...

subhanallah....

Noorz said...

Saba dah naik keje ke?hehhe bukan nak tanya tuan empunya blog heheheh...

Unknown said...

soooooooooo touching tau ini stori...

cahaya petunjuk said...

munajah cinta,
kasih sayangNya terlalu agung!

saba,
semoga kita semua berada di dalam limpah rahmat serta kasih sayang dariNya.

noorz,
no big deal ;-)

cikpuding,
semoga hati kita sentiasa bertaut kepada Yang Maha Esa..