"Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Allah. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT...."
(Cerdik pandai Islam)
(Cerdik pandai Islam)
==========================================================
Aku bukanlah peminat bola. Baik bola keranjang, bola baling, bola sepak malah bola jaring sekalipun. Kaki bangku la katakan. Tapi aku patriotik.
Walaupun aku minat pada sesuatu tapi bila sesuatu yang aku minat tu bertanding dengan negara aku, aku akan sokong negara aku, Malaysia. Tanah tumpah darahku! Tidak berbelah bahagi. Tak kira walau apa keadaan sekalipun. Yang diminati akan ditolak mentah-mentah. Sekali lagi, sebab aku patriotik.
Match lepas banyak pro Arsenal kat stadium. Pendapat peribadi aku, nak sokong boleh tapi jangan sampai mengutuk negara sendiri. Jangan terlalu fanatik. Sape lagi yang nak sokong skuad kebangsaan kalau bukan kita sendiri.
Memangla kelas bola sepak diorang tak sama ngan pasukan kebangsaan kita. Atas faktor tu lah jangan sampai mengutuk negara sendiri. Cubalah kita kat atas padang tu. Apa perasaan kita agaknya? At least bagilah support pada player kita yang sedang berjuang kat padang tuh.
Sekali lagi petang ni lautan merah memenuhi stadium di channel 831. Hero aku berdua kat stadium berbaju biru. Gol baru sahaja dijaringkan Liverpool. Takpe.. aku tetap menyokong Malaysia!
Walau apa keadaan sekalipun, walau apa yang terjadi, aku tetap bangga ngan team negara kita. Dan aku menyokong penuh Malaysia dan mengharapkan permainan yang terbaik dari skuad kebangsaan kita. Selamat maju jaya kepada pasukan kebangsaan. Gunakan peluang perlawanan dengan kelab EPL sebaik mungkin. Belajar daripada pengalaman yang ditimba. Tak mustahil satu hari nanti pasukan kebangsaan kita boleh setanding dengan depa tu. Malaysia Boleh!
*wah.. semangat betol kali ni. Patriotik!
*wah.. semangat betol kali ni. Patriotik!
No comments:
Post a Comment