Tuesday, July 05, 2011

CINTA

"Kecintaanmu terhadap sesuatu akan membutakan dan mentulikanmu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

==========================================================



Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang 'terbungkus' kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat 'malu-malu', berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi 'taboo' dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya 'ahli' hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan perincian.

Jika mampu digambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah swt. Ini jelas diisyaratkan oleh Al-Qur'an sendiri seperti firmanNya bermaksud :

"Katakanlah jika kamu mengintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu."

(Ali Imran : 31)

- Petikan Kisah Cinta Dalam Al-Quran - Mengenal Cinta Meraih Allah

Sesungguhnya cinta agung hanyalah cinta kepada Maha Pencipta Allah swt!

No comments: