Sunday, June 12, 2011

bila adik kakak bertemu

"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu)."

(Al-Infitar : 10-11)

==========================================================

Kalau tanya sesiapa pun pasal cuti, tak pernah puas. Tapi kalau diberi cuti terlalu lama, puas jugak. Ah memang dasar manusia sukar untuk puas.

Last week 4 hari aku pulun cuti. Earlier tu dah register nak attend CPRE. Blakang kakak aku kena datang sini check 'likely thyroid' kat Hospital Putrajaya. Uh harus aku bercuti. Temankan Mi ke hospital. Cancel CPRE dulu. Course boleh ada lagi tapi masa bersama adik-beradik tu bukan senang diperolehi.

Kenapa dari Terengganu sampai datang check kat Putrajaya? Kerana member Kak Long kat Hospital Putrajaya tu specialist endokrin. Cerita lanjut tak perlula kot.

So Selasa lepas kami ke Hospital Putrajaya. Skali takleh pulak buat neck ultrasound. Sebab? Takyah kabo la kot. Heheh. Kami ke Columbia Asia Hospital Puchong, cepat sket. Alhamdulillah nothing serious. Kena jumpa ENT specialist je yang mana boleh proceed kat KT.

Bila misi utama dah selesai harus proceed ke misi kedua. Lepas lunch kat Ipoh Station kami ke Imigresen Putrajaya. Sad to say, time tu la pulak sistem ehem ehem. Uh.. no komen jugak. Takpela proceed kat KT je la.

Kedua-dua misi utama dah selesai (err.. selesai ke?) Maka adalah lebih afdhal misi yang lain diteruskan. Jeng jeng jeng kami menuju ke ERL station untuk ke Sogo. Tujuan? Dok payoh kabo la kot. Heheh. Dan destinasi terakhir kami untuk hari tu ialah Pasar Tani Putrajaya. Jam 9.30 malam kami sampai umah ;-)

Esoknya kami (Mi, aku, Naim dan Najwa) ke Alamanda. Sian anak-anak aku. Cuti skolah pon tak ke mana. Masa aku kecik dulu pantang cuti skolah. Mesti ayah bawak kami jalan. Ginilah nasib anak-anak yang ibubapanya sebok bekerja :-|

Tujuan utama ke Alamanda sebab nak bawak anak-anak tengok Kungfu Panda 2. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Tiket sold out. Cuti skolah gamaknya. Galak betol orang menonton wayang. Huhu. Naim frust giler. Untuk mengubati frust Naim, Mi beli tiket X-Men:First Class. Sebelum tu gi main bowling dulu. Camtu sekali mak sedara pujuk anak sedara. Kalau aku? Ah takde nak merajuknya. Impian hidup bukanlah perkara yang sentiasa akan dipenuhi. Kekadang kita akan merasai kekecewaan. Gitulah aku kabo ke Naim. Terlalu dewasakah?

X-Men? Not bad. Best jugak. Cuma aku je bukan kaki wayang so aku rasa rimas dok dalam wayang. Najwa always the same. Titon walaupun sound bagai nak rak. Hahah.

Pastu kami ke Nando's untuk lunch. Nando's sering menjadi pujaan hati. Tengah khusyu' menikmati 1/4 chicken extra hot tu tetiba aku nampak bendasing dalam pinggan. Gulp! Dah.. terbantut selera. Tapi teruskan jugak makan bila dia bagi ganti lain. The best part is.. lunch hari tu ditanggung Nando's hanya kerana syntax error tadi! Wah servis baekkkk punyerrrr. I like. Lepas ni bolehlah jumpa bendasing lagi :-)

Lepas makan FOC kami menuju ke Shah Alam Seksyen 7. Mana lagi kalau bukan Pearl Haya. oh.. I really love Pearl Haya. Kalau bagi sehari kat situ pun aku no hal. Adakah bermakna aku sesuai bekerja di situ? Oh tidakkk...

Mak pun pesan tudung nak bagi kat kawan dia. Kata Mak design mesti berkadar langsung dengan usia. Maka kami ke Alya Maisarah. Wah not bad jugak design dia. Yang ni pun I like yet takleh tandingi Pearl Haya. Heheh. Pukul 9.15 malam kami sampai umah :-)

Esok tu pegi Alamanda lagi. Apa lagi kalau bukan nak nengok Kungfu Panda 2. Tiket dah beli semalam. Maka layanla kami. Anak-anak pun hepi especially Naim. Najwa ni biasalah. Takleh duduk statik gitu. Sangap sana sini.

Selesai berwayang (rasa nak muntah jugak aku negok wayang 2 hari berturut-turut walaupun Mi sangat ok), singgah ke kedai feveret aku supaya rasa nak muntah tadi bertukar ke rasa nak layan. Mi rembat 3 blouse dan 1 jaket Ms. Read. Aku jamu mata je. Simpan duit wehh.. banyak komitmen nih.

Bila dah banyak aktiviti mula la lapar. Singgah Secret Recipe tapi kali ni takde FOC. Tak jumpa lak bendasing. Heheh. Last destinastion untuk hari tu.. Parkson. Mi memang nak cari barang kat situ. Aku follow jer.

Esok tu ada lagi aktiviti. Pepagi lagi kami ke Kelab Komuniti Cyberjaya. Layan pool table dan driving range. Nak main skuasy, takde raket. Gitulah kalau jalan dengan sportwomen ni. Nak main saje. Aku ni dah sangap-sangap. Punyala kaki bangku. Hahah.

Lepas tu pegi lak Taman Cabaran. Mi nak panjat dinding (wall climbing). Lagi skali aku sangap. Tak minat langsung eksesais aku nih. Caner tuh?

Aktiviti hari tu diakhiri dengan mengunjungi Pasar Tani Putrajaya. Memacam la Mi ni membeli.

Kata suami aku : Sakan cuti yerrrrr..

Kata aku : Cuti memang best. Lebih-lebih lagi bercuti di kala orang lain sebok bekerja. Dan lebih-lebih lagi juga cuti bersama keluarga. Tambah lebih-lebih lagi bila kakak aku hepi. Cuti kali ini begitu bermakna walaupun hanya berlegar di sekitar KL-Putrajaya. Kenangan indah bersama kakak aku tak ternilai dengan wang ringgit. Err.. jalan ngan kakak/abang aku ni, satu sen pun duit aku tak keluar. Baik membeli-belah mahupun mengisi perut. Seronok jadi adik ni. Heheh. Kalau dalam purse ada RM200 camtu jugakla nilainya bila sampai umah. Silap-silap jadi RM300. Tu belum lagi kalau jalan dengan Mak. Mau berganda-ganda duit dalam purse aku. Ayah Pin pun takleh buat gitu. Hahah. Tapi sebenarnya itu bukanlah ukuran best atau tidak keluar bersama. Best tu dinilai oleh kualiti dan keakraban hubungan adik-beradik.

Syukur Alhamdulilillah aku dikurniakan adik-beradik yang baik-baik belaka. Susah senang sentiasa bersama. Aku punya kakak dan abang yang sangat penyayang. Itu jua merupakan anugerah yang tak ternilai dari Allah untuk aku. Syukur.

3 comments:

Munajah Cinta said...

bahagia. so precious moments :)

Wawa said...

beb, leh aku apply jd adik ko tak?hehehe

cahaya petunjuk said...

munajah cinta,
Alhamdulillah. semua tu dariNya dear..

aineena,
haruskah aku menjawab soalan tersebut? ;-)