"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
============================================
chiffon tona hijau putih - chiffon maroon - chiffon tona pink + light yellow - chiffon tona merah hitam - chiffon tona pink + light pink - chiffon merah+kelabu (dok tau la kaler mende sebenornya. meroh bukang, koko bukang, kelabu t**k anying pong bukang)
Di atas dasar memenuhi tuntutan Islam, suami serta kehidupan yang sering dihambat masa, semua dah selamat disimpan di dalam almari. Kalau ada yang nak beli aku jual je separuh harga. Cuma terpikir jugak.. kalau aku jual dan orang beli maknanya aku dah menggalakkan pemakaian begitu yang tak memenuhi spesifikasi etika pemakaian Islam. Bersekongkol jugak tu namanya kan. Rasanya saham tu aku dapat sama. Hmm..
Pilihanku kini pada yang satu.. S(P3)M. S = Slim (terletak di atas bahu). P3 = Labuh menutupi dada. M = Saiz muka M.
Kata Kak Long, "Cantikkan diri di mata Allah. Hidup ini terlalu singkat. Kita lakukan yang terbaik. Hidup perlu kepada penghijrahan."
Kata aku.. istiqamah. Itu penting. Semoga Allah merahmati dan memberkati kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment