"Dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan kerajaan bumi dan antara keduanya. Dan kepada Allahlah kembali (segala seusatu)."
(Al-Maidah : 18)
(Al-Maidah : 18)
=========================================================
Aku suka makan kat satu kopitiam ni, Ipoh Station. Owner dia ex-neighbour aku.
Letaknya bukanlah di Ipoh tetapi di Puchong. Naim Najwa selalunya share nasi goreng Ipoh Station. Nak makan sorang memang banyak kalau nak dibandingkan kategori kanak-kanak. Itu hari lepas makan nasi goreng, Naim join kami makan lempeng kelapa. Lepas tu Naim makan lagi hampir 3 set roti bakar.
Anak-anak ni memang mewarisi perut aku, perut nasi. Lepas dapat nasi lak, ada lagi kudapan lain. Cam tak kenyang je makan nasi. Rasa tak sempurnalah hidup ni. Kihkihkih. Mungkin diajar begitu, begitulah jadinya.
Bila bercerita pasal kopitiam, terpanggil untuk aku share kisah kopitiam dan peri pentingnya tanggungjawab kita sebagai orang Islam.
Kopitiam ni menjadi kegilaan manusia zaman kini. Menu yang menarik, feelnya lain. Tak terkecuali aku. Cuma awas.. tak semua kopitiam tu menghidangkan menu yang halal untuk orang Islam.
Andaikata ada antara kita yang tahu kopitiam ABC itu halal, belum tentu kopitiam yang sama juga halal di tempat-tempat lain. Perkara ini merujuk kepada kopitiam yang franchise.
Contohnya gini, kopitiam ABC ni ada banyak seluruh Malaysia. Tetiba kita dapat tahu daripada sumber-sumber yang kopitiam ABC tak halal. Ada jua yang mengatakannya halal. Sebagai umat Islam, kita perlu menjauhi yang syubhah. Maka bila terjadi keadaan begini, bersegeralah kita menyemak status kehalalan kopitiam tersebut di Halal Malaysia yang dikendalikan oleh Jakim. SILA SEMAK ALAMAT KOPITIAM tersebut. Kerana andaikata ada yang mengatakan kopitiam ABC halal, tak semestinya ia terpakai untuk semua franchise.
Hubaya-hubaya jua.. pastikan halal yang diiktiraf sahaja yang kita pegang. Semak balik halal yang tak diiktiraf kerajaan di sini.
Bukan sahaja kopitiam malah penyemakan dan kesensitifan tentang perkara ini terpakai untuk semua kedai makan termasuklah coffee shop. Sebagai peminum kopi tegar, abang aku siap beli capuccino machine a.k.a coffee machine. Merasa aku minum capuccino hasil tangan abang aku. Sedap wehhhh..
Jangan memandang mudah kepada halal. Kata Imam Masjid Negara dalam khutbah jumaatnya satu masa dulu, KPI untuk mendapat anak yang soleh dan solehah ialah:
1) mengajar anak mengenal Allah
2) mengajar anak mengenal Rasulullah
3) mengajar anak sembahyang (jangan tinggal sembahyang 5 waktu)
4) memberi anak-anak makanan yang halal lagi berzat.
Halal bukan sahaja halal pada makanan itu sendiri, malah halal dari segi punca makanan tersebut. Teringat Umar Abdul Aziz yang begitu menitikberatkan penggunaan hak kerajaan dan hak individu.
Aku rasa itu antara contoh terbaik, selain junjungan kita Rasulullah saw.
Kak Long pernah berpesan kat aku, jangan guna telefon ofis untuk kegunaan peribadi, jangan print/fotostat di pejabat untuk kegunaan peribadi.. kalau nak guna jugak, bayar harga kertas, penggunaan toner dan elektrik yang digunakan. Sounds like not smart enough right? Perbuatan tu dilihat kecil tapi impaknya cukup besar. Tak dapat pada diri kita, dapat pada anak-anak kita. Kata Kak Long lagi, biar kita rugi di dunia. Jangan sesekali menyalahgunakan hak yang diberikan pada kita. Penyalahgunaan hak itulah yang refleks kepada keberkatan hidup kita.
Kenapa aku share semua ni? Sebab aku nampak ramai di antara kita yang semakin lupa untuk mengambil berat tentang status halal ni. Janji sedap dimakan, semuanya ditelan. Sedih sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan dunia sudah hampir ke penghujung.
Memang tak aku nafikan, jika nak mencari kedai makan halal bukanlah senang lebih-lebih lagi di shopping complex yang extravaganza. Tapi jangan kerana alasan tersebut kita menjadi ignorance. Jangan jua kerana selera nafsu kita menjadi ignorance. Makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Darah daging itu jua akan membentuk hati.
Lebih menyedihkan aku bilamana kedai yang dimakan jua menghidangkan minuman yang diharamkan. Alasan mereka mudah, kami tak minum. Kami cuma makan makanan kat kedai tu je. Wa iya uzubillah. Tahukah kita apa yang diletak di dalam masakan tersebut? Paling mudah, adakah logo halal yang diiktiraf kerajaan tertampal di depan kedai tersebut?
Seperkara lagi tentang makanan oversea, eg aiskrim/coklat. Depa ni sebenarnya boleh apply halal thru negara masing-masing. In fact, Jakim pun perakui beberapa badan luar negara yang mengiktiraf halal. Boleh semak kat sini. So status dan logo halal ni pun terpakai untuk barang oversea. Maka dengan itu, sama-samala kita semak sebelum membeli, memakan dan memberi anak-anak menikmati makanan tersebut. Anak-anak tak bersalah. Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengenyangkan perut anak..
Mungkin selain daripada menyemak logo halal pada kedai makan, kita boleh tengok sama pekerja kedai tu. Kalau nampak cam tak-termasuk-spesifikasi-halal, eloklah kita beralih ke kedai lain. Jauhilah yang syubhah.
Sesungguhnya perjuangan untuk mendapatkan makanan halal itulah yang dinamakan jihad. Hidup tanpa jihad ibarat jasad tanpa nyawa. Berlaparlah sedikit demi untuk mencari keredhaan dariNya. Percayalah.. Allah akan membalas jihad yang dilakukan keranaNya kerana Allah itu Maha Adil Lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment