"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang hak dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya, dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur."
(Al-Hajj : 6-7)
(Al-Hajj : 6-7)
=============================================
Saba.. antara insan berbudi pekerti mulia yang kukenali, selain arwah Lini. Orangnya lembut, tidak pernah menyakiti hati sesiapa, tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, tidak pernah meninggikan suara walau hati meronta, tidak ada keburukan yang kulihat pada dirinya. Punya paras rupa yang cantik. Pakej. Masya Allah.. sesungguhnya dia ciptaan Allah yang hampir sempurna. Sebut sahaja siapa yang mengenalinya, tiada siapa yang pernah terguris hati dengannya. Dan semua yang mengenalinya akan senang bersamanya.
Setiap detik hidupnya dikisahkan kepadaku. Sedih, seronok, gusar, takut, gembira.. tiada lagi rahsia. Apa yang terbuku di hati dan perlukan pendapat akan diajukan kepadaku. Nasihatku sentiasa dituruti. Dia yang kukenali hampir 10 tahun lepas kuanggap seperti adik kandung. Dan sememangnya layak digelar sebegitu.
Aku cuba membantu sedaya upaya. Tapi manusia hanya punya asa, Allah jua Yang Maha Kuasa. Doaku sentiasa seiring dengan nafasnya. Sering aku bisikkan padanya, sesungguhnya Allah amat menyayanginya. Diuji demikian cara supaya dirinya semakin dekat dengan Maha Pencipta. Hanya kepadaNya tempat kita bergantung. Percaya kepadaNya, pasti kegusaran dan ketakutan yang bersarang akan terlerai.
Kini Saba berada di IJN selepas selesai menjalani pembedahan jantung berlubang. Kondisi masih lemah, kata Kak Zu yang telah melawat Saba.
Ya Allah.. Engkau selamatkanlah adikku Saba. Hanya kepadaMu tempat bergantung, tiada upaya kami untuk melakukan sesuatu melainkan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
No comments:
Post a Comment