"Wajah kerinduan kami kepadaMu Ya Allah adalah tanpa batas, kerinduan kami adalah asas utama kami untuk bertemu denganMu. Langit cinta kami telah melahirkan samudera kerinduan kami buatMu. Walau kini Kau ghaib kami nyata, kami yakin akan bertemu denganMu."
=====================================================
Tak taulah faktor usia atau faktor telah menjadi ibu. Hatiku cepat benar tersentuh.
Dipetik daripada Utusan Malaysia Online 21 Mei 2011.
13 maut, 3 tertimbus - HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki. Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari.....
TIGA mangsa korban tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, semalam.Sumber : Berita Harian Online 21 Mei 2011
Tersentuh benar dengan berita tersebut. Mungkin kerana aku jua punya anak yang seusia mereka. Hati menjadi sangat sayu. Sebak. Dan.. airmataku jatuh membasahi pipi.
Sesungguhnya Allah menyayangimu wahai anak-anak. Allah telah menempah syurga buat kalian di sana. Tenanglah dirimu di sana wahai anak-anak syahid. Rohmu sewangi kasturi, damailah kalian di sana. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment