Sunday, March 06, 2011

nampak benorr menipunyerr..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat."

(Al-Baqarah : 186)

=========================================================

Ada orang suka bercakap kelemahan orang lain

Ada orang suka bercakap kelebihan orang lain

Ada orang vocal

Ada orang reserved

Ada orang suka mengarah

Ada orang suka diarah

Ada orang suka menampakkan dialah manusia terhebat abad ini

Ada orang tak ambik pusing janji tanggungjawab ditunaikan
Ada orang agresif

Ada orang pasif

Ada orang suka mendedahkan tentang dirinya
Ada orang terlalu berahsia
Ada orang berbuat sesuatu kerana ada kepentingan
Ada orang begitu ikhlas dalam setiap perbuatannya
Ada orang bercakap ikut rasa hati
Ada orang simpan hingga melukakan diri
Ada orang suka menjaga tepi kain orang

Ada orang jangankan tepi kain, tepi kasut pun tak mahu ambil tahu

Ada orang keras kepala

Ada orang mudah menuruti

Ada orang pilih kasih

Ada orang boleh menyamaratakan semua orang (ada ke?)

Ada orang suka menarik perhatian orang lain
Ada orang seboleh mungkin cuba bersembunyi supaya tiada orang memberi perhatian kepadanya
Ada orang tak senang melihat orang lain senang
Ada orang sangat gembira melihat kesenangan orang lain
Ada orang suka memuji orang lain di depan orang yang lain

Ada orang suka mengeji orang di depan orang lain

Ada orang cakap taknak jatuh
Ada orang merendah diri seperti nak jatuh
Ada orang sensitif
Ada orang kering tak sensitif langsung
Ada orang banyak dalih

Ada orang sering katakan boleh
Ada orang suka bercakap belakang
Ada orang lebih suka berdepan
Ada orang suka bercakap menusuk kalbu orang lain
Ada orang cukup berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata
Ada orang suka mengadu domba melagakan orang lain
Ada orang menjadi mangsa adu domba orang lain
Ada orang cepat berprasangka buruk
Ada orang tak ambil port prasangka orang
Ada orang cepat marah
Ada orang cool jer

Ada orang mudah menangis
Ada orang stone sungguh hatinya
Ada orang tak boleh handle pressure
Ada orang suka buat orang pressure
Ada orang cepat stress

Ada orang layankan jer

Ada orang stress sampai buat orang lain stress
Ada orang balas balik stress tersebut dengan bagi lebih ramai stress.. termasuklah dirinya sendiri..

Apa-apa pun orang memang banyak ragam. Tak terkecuali aku.

Terkadang terpikir jua.. lebih mudah berkomunikasi dengan mesin, hati tak sakit, jiwa tak tertekan, mulut dan telinga tak buat dosa. Tapi takde maknanya berkomunikasi dengan mesin. 101010111.. if then else.. ..

Letih weh nak paham bahasa mesin ni. Dahtu komunikasi sehala pulak. Hmm.. definitely bukan penyelesaian terbaik. Bak kata Usop Hantu Kak Limah.. nampak benorr menipunyerr..

Apa-apa pun bak kata Ustaz dalam Radio Selangor 100.9fm, ingatilah Allah. Jangan mengingati manusia kerana kamu akan berdukacita jika mengingati manusia. Maka janganlah diingat perbuatan buruk manusia, ingatlah Allah sentiasa pasti jiwa akan menjadi tenang.

No comments: