"Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia. Tetapi hanya orang-orang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya."
(Yahya bin Muadh Al-Razi)
(Yahya bin Muadh Al-Razi)
==========================================================================================
"Saya seronok tengok puan. Puan ni very adorable"
"Ish.. apa lak adorenya Hani. Saya ni biasa-biasa je cam orang lain. Takde apa-apa kelebihan."
"Puan ada kelebihan. Ramai orang sayangkan puan."
"Ala.. orang lain pun ramai jugak orang sayang..".
"Tapi puan lain dari yang lain. Saya seronok kalau berada di tempat puan"
"Apa yang lainnya Hani. Sama je. Mata ada dua, hidung satu,.. sama je Hani.."
"Kehidupan puan sangat sempurna.."
"Maksud Hani?"
Gitulah antara perbualan aku ngan Hani on the way kami ke basement parking masa nak balik hari lepas.
Memang aku akui. Kalau nak diikutkan aku punya segala-galanya. Aku dilahirkan, dibesarkan dengan suasana yang aman, harmoni dan tenang dilengkapi dengan lunas-lunas Islam, punya mak dan ayah yang sangat penyayang, kewangan yang mencukupi, laluan aku sentiasa diberi kemudahan oleh Allah, alhamdulillah kami tidak pernah keputusan duit, rezeki daripada Allah sentiasa berkunjung tiba, keluarga aku sangat sempurna..
Setelah dewasa aku dikurniakan suami yang memenuhi ciri-ciri suami yang sentiasa dalam doa aku, aku punya zuriat yang sangat alhamdulillah, aku punya ibu dan adik-beradik yang sentiasa menyokong, aku punya ibu mertua yang sangat baik, ipar duai yang sangat baik,..
Kehidupan keluarga ipar duai sangat menekankan cara hidup Islam yang memang sangat sekufu dengan aku. Allah mengabulkan doa aku selama ini..
Aku punya pekerjaan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, alhamdulillah..
Suhbanallah.. memang lengkap. Apa lagi yang aku nak kejar di kehidupan yang sementara ini. Aku tau masih ramai insan di luar sana yang punya nikmat dan kemewahan yang lebih melimpah ruah. Tapi bagi aku, kehidupan aku sekarang sudah cukup menyedarkan aku untuk meletakkan sempadan di dalam kehidupan aku. Melihat di bawah bukannya melihat di atas. Kerana melihat di bawah mengajar kita erti bersyukur dan menyedari siapa aku di bumi kepunyaan Allah ini.
Dan kerana itulah aku diuji. Dalam merasai keseronokan dan nikmat yang dikurniakan Allah, sesekali Allah perlu kejutkan aku. Supaya aku tidak lalai. Aku jua yang meminta supaya Allah sentiasa meningkatkan darjat aku di sisiNya. Nah! Sekarang inilah masanya.
Sabar. Sabar bererti menerima dengan penuh hikmah. Bukannya menerima dengan pasrah. Pasrah itu boleh membawa kepada putus asa. Sedangkan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Dan di samping eleman sabar, elemen ikhtiar juga perlu disertakan. Semoga Allah permudahkan jalan aku dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini. Bantulah hambaMu ini Ya Allah..
No comments:
Post a Comment