“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka.”
(An-Nur : 55)
==========================================================================================
(An-Nur : 55)
==========================================================================================
Pagi semalam aku bangun tidur terasa dunia berpusing. Siling kat bawah lantai kat atas. Habis segala dalam bilik tu aku nampak berpusing. Spinning kata orang puteh. Terhoyong-hayang aku berjalan. Terasa seperti P. Ramlee berjalan seperti orang mabuk dalam citer Keluarga 69. Kejap kejap langgar dinding.
Bila aku pejam mata lagi haru. Dengan aku aku terasa cam melayang-layang terbang.
Dalam pada tu timbul kemusykilan.. cemana pulak dan bila pulak aku sarungkan sweater nih..
Aku gagahkan jugak ke bilik air. Subuh tak sembahyang lagi. Terpikir aku ketika tu.. kenapa camni? Aku nak mati dah ke? Tekanan darah rendah ke? Tekanan darah tinggi ke? Aku nak pitam ke? Ke lepas ni aku muntah darah?
Aku act macam ok depan anak-anak. Lepas bersalam dengan hubby dan anak-anak, terus merebahkan badan ke tilam.
Ikhtiar terakhir.. baca ayat-ayat suci yang aku ingat, memohon keampunan dari Allah di atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan dan diakhiri dengan kalimah Lailahaillalah. Andaikata itu oksigen terakhir yang aku sedut, moga Allah menempatkan aku di kalangan hambaMu yang soleh. Moga aku dapat diketemukan dengan kekasihMu, Rasulullah dan berjumpa denganMu dengan amalan melebihi dosa-dosaku.. ya Allah.. sesungguhnya aku belum bersedia..
Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Alhamdulillah.. hari ini Allah masih memberi peluang kepadaku membetulkan segala kesilapanku dan dosa-dosaku yang teramatlah banyaknya. Allah masih memberi peluang kepadaku menghirup udara percuma dariNya. Ya Allah..
Aku sendiri tak pasti kenapa jadi camtu. Cuma aku rasa silap aku puff Flixotide dan 2 puffs Ventolin dalam sela masa terdekat. Pastu memang aku pengsan. Bila masa aku pakai sweater pun aku tak sedar. Bahaya. Next time jangan diulangi lagi perkara begitu. Wasiat pun tak sempat nak tulis..
Apa pun itu adalah alarm dari Allah untuk aku supaya aku berfikir di mana silapku yang tak terhitung banyaknya..
No comments:
Post a Comment