"Tidak ada sesiapa yang dapat menambah umur kecuali bagi berbuat kebaikan (bersedekah dan bersilaturrahim). Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa. Sesungguhnya rezeki seseorang itu terhalang dengan dosa-dosa yang dilakukannya."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
==========================================================================================
Itu hari aku pegi Butik Fareeda. Usaha aku cari tudung kaler maroon tapi tak berapa nak maroon. Tak taula apa kaler sebenarnya. Lepas beli salesgirl tu bagi borang Pencarian Model Fareeda Kosmo 2011. Previously dia dah pernah bagitau aku.. soh aku jadi model tudung fareeda. Kali ni dah disusuli ngan form lak.
Wow! Menarik gak nih. Ok apa.. hadiah dia dapat voucher RM2000 = 10 helai tudung fareeda, ada cash money, ada apa lagi tah. Banyak gak benefit dia. Plus lagi muka I masuk paper. Nak nampak cantik tu boleh touch-up. Kosmetik je sume tuh. Glamer u...
2 hari lepas aku bagitau kanda aku.
As expected, dia tak bagi aku pose muka kat paper atau apa sahaja media massa lain. Alasannya mudah.. bila dah muka kat paper, pasti timbul rasa riak. Riak sebab muka lawa, riak sebab pakai tudung mahal, riak sebab terpilih jadi model tudung. Daripada nakkan tudung free, dapat lak dosa. Tapi aku kata takde timbul perasaan aku nak menunjuk aku pakai tudung mahal. Tu cuma untuk kepuasan diri aku je. Yang aku nak tu 10 helai tudung free (tapi nak jugak glamer masuk paper. hiks!). Kata husband aku.. mustahil tak timbul perasaan tu . Yelah.. dah jadi model tudung pasti ada jugak timbul perasaan tu walau sebesar zarah.
Tambah dia lagi.. kecantikan seorang isteri biarlah hanya suami yang tatap. Bukan untuk tatapan umum. Glamer biarlah hanya pada suami. Bukan pada orang lain. Fullstop.
Hmm.. memula tu rasa frust jugak. Yelah.. orang lain (isteri orang) boleh je publish muka kat paper. Ok jer.. aku pun nak jugak glamer. Tapi takleh.
Tapi lepas muhasabah.. aku rasa bersyukur punya suami begitu. Suami yang mengelakkan aku daripada dimurkaiNya. Suami yang mengelakkan aku daripada dia mendapat tempias dosa-dosaku. Suami yang membimbing aku ke arah yang lebih baik.
Tah kenapa aku leh terpikir nak muka aku ada kat paper. Walhal aku tau.. Allah tidak memandang manusia dengan harta, rupa, pangkat mahupun keturunan. Allah memandang manusia hanya dengan taqwa. Glamer tu taqwa ke? Muka menjadi tatapan umum tu taqwa ke? Subhanallah.. lalainya aku..
Allah menghisab hambaNya di akhirat nanti hanya dengan amalan yang kita lakukan ketika hidup. Tak lebih daripada itu. Ya Allah.. apakah amalanku yang bakal aku persembahkan pada Rabbul Jalil?
Aku ingin syurga Allah. Aku takut neraka Allah tapi hati kecil aku masih ada lagi sisa duniawi yang seharusnya aku tinggalkan. Ya Allah.. malu aku padaMu. Lalai sungguh hambaMu ini.
Patutlah Rasulullah pernah mengingatkan bahawa bilangan kaum Hawa di neraka lebih ramai daripada kaum Adam. Nauzubillah..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Engkau bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat aku memohon keampunan, hanya kepadaMu aku bersujud memohon rahmat dan keberkatan. Tiada yang lain daripadaMu Ya Allah. Hasbunallahu wa ni'mal wakil..
2 comments:
alhamdulillah dear..
dikurniakan suami yang mencintai & menyayangi isterinya kerana Allah swt. The most precious gift as a women, wife & mother!
ps: alamak..mcm best gak tuh dpt jadik model tudung..hiks ;)
~eena
alhamdulillah.. semua tu dariNya. jangan kita lalai drpd buat apa yang disuruh dan tinggal yang dilarang kan..
Post a Comment