Monday, August 23, 2010

ibu bekerjaya vs .....

"Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadaNya Kami mengembalikan kamu dan daripadaNya Kami akan bangkitkan kamu pada kali kedua."

(Toha : 55)

=========================================================================================

Sudah lama tidak bersiaran.


7 Ogos lepas kami ke Melaka collect bibik kat ejen. Bersama-sama bibik, ejen bagi kat aku 3 buku kepunyaan bibik. Aku rasa cam autograf.

Bila terpandang muka bibik, aku rasa tak sedap hati. Ntah kenapa perasaan begitu timbul di dalam hatiku.
Belum lagi masuk dalam keta aku dah interbiu. Pernah keje ngan cina ke dok.

Sampai umah, bibik dilarang menyentuh sebarang objek di dalam umah. Bibik disamak. Tak pernah makan mahupun menyiang binatang haram tapi pinggan sure basuh punya ye dok? Majikan cina tu makan benda haram tuh..


Lepas manusia itu disamak barulah boleh bagi task kat bibik.

Malam tu cam biasa tugas dan tanggungjawab bibik dibaca di hadapannya. Keadaan seperti di dalam mahkamah di mana si tukang baca duduk yang si mendengar berdiri sambil menundukkan kepala dan membalas dengan 'Ya' tanda setuju. Tinggal lagi takde kandang bersalah diletakkan.

Perihal gaji juga dibacakan. Gaji bibik berjumlah RM600 sebulan hanya diperolehi pada bulan ke-7 bekerja dengan aku dan gaji tidak akan diberi secara tunai walaupun satu sen. Semuanya akan dimasukkan di dalam akaun. Kiriman wang hanya dibenarkan apabila bibik telah menerima gaji yakni bulan ke-7. Penggunaan telefon
tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut (majikan tidak sekali-kali akan mendahulukan duit majikan untuk sebarang urusan bibik). Hanya utusan surat sahaja dibenarkan. Masuk bulan ke-7 barulah bibik dibenarkan menggunakan telefon untuk berhubung dengan saudara di seberang tetapi gaji bibik akan dipotong mengikut penggunaan talian telefon tersebut.

Begitu jua dengan Do's and Dont's dibacakan. Bibik
tidak dibenarkan mengambil cuti tak kira cuti mingguan, bulanan mahupun tahunan. Bibik hanya dibenarkan balik selepas 2 tahun bekerja. Semua itu termaktub dan terkandung di dalam MoU yang dikeluarkan oleh ejen. Aku hanya membacakan pernyataannya sahaja.

Bibik bersetuju. Tandatangan dipaterikan di atas kertas perjanjian tersebut.


Esoknya Mak datang umah aku. Mak cukup cekap memantau bibik.


Dibesarkan dengan cara hidup berbeza. Sudah tentu banyak perbezaan antara majikan dan bibik.


Soal kebersihan.
Typical
golongan ni, sangat kurang hygienenya. Awal-awal lagi aku dah bagitau, tatacara keluar masuk bilik air. Mana yang najis mana yang tidak. Dari bilik air ke dapur dan sebagainya.


Soal penjagaan anak-anak.
So far
alhamdulillah.


Soal kain baju.

Typical
golongan ini juga, sidai baju dan lipat baju memang fail. Dari dalam umah aku memerhati dia menyidai kain. Senget sana sini. Sungguh tak puashati. Aku tegur. Tak marah ok. Lipat baju, ok sket daripada bibik-bibik yang sebelum ni yang mana lipat senget benget. Cuma persamaannya kalau kain tu dijemur terbalik, maka terbalikla lipatannya :-((((


Soal di dapur.
Fail. Fail dan fail. Lain yang dibagitau lain yang dibuat.
Goreng telur je lepas. Itupun maha berminyak. Sudahnya Mak jugak yang masak. Cheissssss!!!!!

Soal mengemas rumah.

OK.


bersambung la pulak..

1 comment:

Anonymous said...

myself dah fobia ngan manusia bernama bibik ...at the moment..hehehe....me'migrain'kan kepala aku jer. maybe lepas2 ni akan pertimbangkan utk amik semula...huhuhu

~ eena