Tuesday, July 20, 2010

milik Allah semuanya

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya dan apa saja yang ditahan oleh Allah. Maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana."

(Al-Fatir : 2)

=========================================================================================

Baru last week dapat jumpa Kak Long walaupun dalam setiap minggu 3 hari aku ke rumah Kak Long nak jemput anak-anak balik. Susah betul nak jumpa dia. Tu tak masuk lagi abang aku.


"Tak baik lagi ke batuk tu?", Kak Long yang memang allergic bila dengar kong kang kong kang batuk.

"Belum", jawabku ringkas.

Memang aku tahan jangan kasi batuk depan Kak Long. Sebab nanti dia akan diagnose. Aku malas benor nak ke hospital. Lepas gedebuk gedebak stori kronologi batuk aku kat Kak Long (kena cerita kisah benar takleh selindung, aku kena terima hakikat apa sahaja yang berlaku. biar tahu di awal waktu jangan menyesal di kemudian hari), cam biasa dia soh aku gi sepital. Plus lagi Kak Long soh aku amik cuti. Cemana aku nak cuti? *Sigh.

Dia suspect aku asthma dan ada blockage kat saluran.. saluran apa yer.. lupa la pulak.. senang citer sinus a.k.a. allergic rhinitis a.k.a resdung. Aiseh. Takde solution lain ke selain daripada gi sepital?

"Makan ni for interim solution. Kalau tak jadi apa, then memang kena jumpa doktor", sambil bagi Augmentin kat aku.

Finally dapat jugak Augmentin yang harganya almost RM7 sebijik tuh.

Malam tadi memang aku takleh tidur. Batuk sangat teruk. Letih tuh nak kena tidur duduk. Lepas amik 1 puff of Salbutamol baru rasa lega. Hubby aku memang soh aku cuti je esoknya.

Kerana tidak mahu menjadi isteri yang ingkar arahan suami (heheh..), maka hari ni aku tak gi keje. Tengahari baru gi klinik kesihatan. Sangat lemah badan ni.

Aku mesti jumpa Pakar Kesihatan Keluarga. Tak kira cemana pun. So langkah pertama ialah doa mintak Allah mudahkan jalan. Sepanjang jalan baca Ayatul Kursi dan selawat, mohon Allah mudahkan segala-galanya. Aku percaya. Allah pasti ada untuk aku. Sampai kat Triage aku mula bercerita pasal aku ni post chemo, bla bla bla.. kena buat muka letih dan tak sihat. Itu penting! Pssttt.. gunakan skill berlakon di kala memerlukan aksi sebegitu.

Disebabkan patient terlalu ramai, specialist tu hanya leh jumpa aku petang. Takpe. Tak kira jam berapa pun as long aku dapat jumpa specialist.

Balik umah aku call Kak Long. Kena bagitau Kak Long pasal kesihatan aku. Kak Long akan bagi opinion in medical dan islamic aspect.

Dipendekkan cerita, memang aku berjaya jumpa Pakar Kesihatan Keluarga. Alhamdulillah. Allah mudahkan lagi jalan aku.

Macam-macam aku citer. Hecticnya life aku lately. Mind aku dah ready kalau-kalau kena amik sputum (phelgm a.k.a. kahak) for 3 days. Buat x-ray, alhamdulillah bukan tibi. Itu yang aku takut sebenarnya. Tak sanggup nak kena treat untuk tibi pulak. Cuti panjang lagi aku nanti.

Rupanya asthma aku datang balik. Dan aku jugak ada sinus. Tak pernah-pernah sinus. Sekonyong-kong bersinus pula.


Ubat aku sama seperti ubat Naim. Inhaler Flixotide, inhaler Ventolin (ni yang ori bukan Cipla) dan Clarinase untuk sinus. MC dua hari. Aku request sampai Jumaat tapi doktor tu senyum jer. Kena buat muka tak malu je jumpa doktor nih. Hahaha..

Dan kini aku kat rumah. Jugak esok. Alhamdulillah. Sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti disertai kemudahan.

Terus aku msg Kak Long, macam biasa response yang buat aku rasa bersyukur punya kakak yang begitu Islamic..

"Alhamdulillah. Semuanya milik Allah. Adikku.. kita usaha lepas tu tawakkal. Hanya Allah tempat kita bergantung."

2 comments:

Anonymous said...

Jaga diri baik2 dan jaga makan.. Rest betukl2.

Noorz said...

Mungkin bila sakit je boleh rehat...itu hikmah dia dear ;) Take care