"Sesungguhnya kaum mukminin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian tidak pernah bimbang lagi dan berjihad dengan harta dan dirinya untuk mengagungkan agama Allah swt, maka mereka itulah orang-orang yang benar."
(Al-Hujrat : 15)
(Al-Hujrat : 15)
=========================================================================================
Baru aku perasan rupanya dah lama tak update pasal kesihatan aku.
Update yang penting dulu, kesihatan anak-anak dan suami.
Bebaru ni family kami diserang batuk dan selsema. Dan disudahi dengan demam oleh Najwa. Tak taula dari mana menular sume tuh.
Critical part is Naim. Naim yang sedia ada pengidap asthma, getting worse. Sib baik tak demam je. Adik Najwa dah sihat lepas pekena madu setiap pagi dan malam. Nampaknya madu tak berkesan untuk Naim malah makin teruk. Nafas dia dah wheezing. Sangat siksa aku nengok. Andaikata boleh transfer kat aku, biarlah aku yang menanggungnya.
But Naim still aktif macam biasa. Cuma yang tak bestnya.. bila dia terlampau aktif, aku kena mintak dia stop sebab his breath started to wheez which is getting worse.
Earlier on Naim is treated by Singulair for a few days to rectify either he should take any asthmatic medication or not. Lepas jumpa pakar, nampak cam ok. So he used to take 2 puffs of Salbutamol 6 times daily for 4 days. But since he was getting a little bit worse, we were make sure that he took it before he went to school and went to bed (as precribed by specialist).
Isnin lepas appoinment Naim kat Hospital Sungai Buloh. Memang kena pada masanya. Dan Naim nampaknya cannot stand with Salbutamol anymore. From now on, Naim is treated by Flixotide - 1 puff in the morning and 1 puff at night. Flixotide works for prevention and Salbutamol is used for treat his asthma (when needed).
Dan alhamdulillah, there's improvement in him. Syukur pada Allah.
Itu pasal Naim. Pasal aku lak..
Itu hari aku ada appoinment ngan Hospital Ampang regarding to my CT scan. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. The film shows cells were getting smaller. Cuma yang tak best nya status aku sekarang ialah.. aku batuk dan selsema hampir sebulan tak baik-baik. Che Su yang daripada sihat, demam, batuk, selsema pun dah baik. Aku ni tak baik-baik lagi. Tapi Che Su tu tak tepat untuk dijadikan indicator sebab baru last week dia tak sihat. Indicator yang lebih tepat ialah appoinment aku kat Hemato. Masa tu aku dah batuk.
Doktor pun satu. Dibaginya kat aku antibiotik yang koman speret. Bagila Augmentin ke, Zinnat ke.. barulah batuk aku ni cured. Ish ish ish..
Start dengan batuk, selsema, pastu sore throat, disudahi dengan takde suara for almost a week. Bisu kat opis. Hanya gunakan bahasa isyarat.
La ni hubby ngan anak-anak aku dah ok, aku still tak ok. Punca? Selalu mandi malam? Stress keje? Stress takde bibik? Hahahah.. tepuk dada tanya iman.
Menambahkan lagi tak best ialah.. selsema ni buat aku sampai sakit kepala.. aku takleh tunduk.. sangat sakit kepalaku ini. Selsema jugak buat aku hilang deria bau dan deria rasa. Apa sahaja yang masuk ke mulut aku tak tau manis ke, pahit ke, masin ke, tawar ke.. tu tak masuk lagi ngan batuk. Ada phelgm ok.
*Azwa jangan nak teka aku ada isi ye. Isi karipap aku ada. Isi lain masanya belum sesuai. Nanti kapan tiba ketikanya akan aku war-warkan ;-)
Memula aku makan ubat batuk. Sib baik aku memang suka makan ubat, ubat batuk especially so tak jadi masalah untuk menelan ubat batuk (bukan ketagih tau!). Tak baik jugak batuk tu aku pegi kepada madu. Tak baik jugak aku amik ubat batuk balik. Sungguhla tak istiqamah aku ini.
La ni aku tak tau dah. Batuk pun ye. Telinga pun tak bape nak dengar dek kerana selalu blow my nose. (Ke ada sebab lain?)
Maybe aku tak pantang makan previously. Tu pasalla jadi cenggini. Tomyam, Nando's extra hot, ayam penyek, makanan pedas yang memang feveret aku, semua aku bedal. Now telinga, hidung dan tekak dah merana. Dek kerana itu, aku pun minimize makanan berminyak dan pedas. Tapi kalau dah nama makanan Melayu, mana la nak elak sume tu. Maka secara tak sengaja, aku dah kurangkan makan. Aku yang suka makan ni kena kurangkan makan. Sungguh menyiksakan. Satu nikmat dah ditarik.
Kekadang aku makan roti cicah milo. Paling-paling kurang air masak mesti amik. Berat aku of course turun. 4kg you! Tapi lemak yang ada tetap maintain di tempat kejadian. Dah takleh nak ke mana dah lemak yang terjojol tuh.
Mungkin ini kaffarah dari Allah gamaknya. Doa aku moga Allah kembalikanlah kesihatan aku seperti sediakala. Amin.
*Terima kasih Saba, selalu bertanya kabar aku. OK ni cuma suara je sengau sket ;-)
2 comments:
take care dear. insya'allah semoga Norul & family sentiasa dalam lindunganNYa. Moga sihat2 selalu. amin...
~eena naqliyah
insyaAllah. doaku pada dirimu jua begitu..
Post a Comment