"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al-Ankabut : 69)
(Al-Ankabut : 69)
=========================================================================================
Semalam aku ke The Curve dan juga Ikano. Kesinambungan daripada kunjungan hormatku ke Mutiara Damansara.
Huh! Memang tak sync aku ngan tempat tu. Tempat tu pun tak sync ngan aku. Punya susah aku nak cari kedai makan. Bukan takde restoren, bersepah. Tapi bak kata orang Terengganu, payoh base weh nok makangggg!
Bakpe payoh base? Kerana kriteria utama bagi kedai-kedai makan yang high class pada aku mestilah ada status Halal JAKIM. Sedangkan bukan senang nak cari label tu kat pintu restoren high class ni wehhhh..
Dan restoren sekutu Yahudi dah pasti kami tak singgah walaupun status halalnya jelas. Maka memang agak sukarlah untuk mendapatkan makanan mengikut prinsip aku.
Konservatif aku ni yer.. dakpelah konservatif pon. Konservatif dalam menegakkan syiar Islam tak salah kan.. aku cuma nak pastikan setiap rezeki yang menjadikan daging kami sekeluarga terbentuk daripada sumber yang halal. Biar berlapar, prinsip itu tetap kupegang. Jatidiri perlu utuh (pahala aku dahla kurang, at least cubalah kurangkan yang syubhah).
Kriteria ketiga ialah restoren tu seharusnya menyediakan makanan kids friendly. Anak-anak perlu kenyang. Bukan kami berdua je yang kenyang.
Alhamdulillah dengan izin Allah, ketemu jua restoren yang memenuhi kriteria kami. Kenyang kami sekeluarga. Burp.. alhamdulillah.. ;-)
Kekadang rasa cam aku lebih senang ke kedai makan cikai, yang aku takde keraguan tentang halal dan haramnya daripada grand restaurant yang susah untuk ditentukan statusnya.
Terpikir aku.. sungguh mencabar membesarkan anak zaman ini dan zaman akan datang. Anak-anak aku bukan selamanya di bawah ketiakku. Tiba suatu masa pasti mereka akan berada jauh daripada aku. Pengaruh persekitaran amat besar.
Ya Allah.. bantulah hambaMu ini dalam mendidik zuriatku. Berat sungguh rasanya tanggungjawab yang kugalas ini. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau redhai. Pimpinlah mereka Ya Allah.. janganlah Engkau meninggalkan mereka walau sesaat pun Ya Allah.. kuatkan dan teguhkanlah iman kami ya Allah.. hanya kepadaMu aku berserah..
No comments:
Post a Comment