Monday, May 31, 2010

pembantu rumah episod 7

"Dan takutlah akan suatu hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat memberi syafaat (membela orang lain), walau sedikit pun, dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong."

(Al-Baqarah : 28)

==========================================================================================

4.30 pagi 22 Mei 2010..

Bangun tido, bersiap-siap dan kami berdua ke LCCT. Anak-anak sedang nyenyak tido di rumah. Hanya satu tujuan. Hantar maid aku pulang ke Indonesia. Penerbangannya jam 7.00 pagi.


Macam mana dengan anak-anak aku?


Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Maha Pengasih. Mak datang dari Terengganu 3 hari sebelum maid aku balik. Esoknya kakak aku drive ke sini bawak maid Mak. So temporary maid Mak yang aku namakan W menjaga anak-anak aku dengan dikawalselia oleh Mak.


W bukanlah maid terbaik. Maksud aku kecekapannya dalam menguruskan rumahtangga masih banyak perlu diperbaiki. Lebih-lebih lagi pengurusan anak-anak. Namun itu lebih baik daripada tidak mempunyai pembantu. Dok gitu?

Kasih ibu tiada tolok bandingnya. Kata Mak, biar Mak tengok cucu-cucu Mak. Sekarang ni macam-macam penyakit kat luar tu. H1N1 la.. apa la.. janganla hantar budak-budak tu ke nursery.


Mak aku bukanlah sihat mana pun. Kesan strok masih dapat dilihat. Jalannya tidak sepantas dulu. Tapi alhamdulillah percakapan dan idea bernas darinya masih seperti dulu. Alhamdulillah.

Sekali lagi, kasih ibu memang tiada tolok bandingnya. Moga Allah sentiasa merahmati Mak. Terpikir jugak aku. Camna aku dah tua nanti. Dah bercucu nanti. Adakah aku juga sanggup dan dapat lakukan sepertimana pengorbanan Mak pada aku? Aku akan cuba yang terbaik.. aku akan cuba.. moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga.

Dan kini aku di dalam mode waiting a call from agent telling that my new maid is ready. Doa aku moga maid aku yang mencatat angka ke-7 atau sab'ah dalam bahasa arabnya ini adalah maid terbaik buat kami sekeluarga. Dan dapat bekerja dalam tempoh yang lama ngan aku. Busuk-busuk pon sempat jaga adik-adik Naim dan Najwa. Oooppsss..

Letih wehh abis 2 tahun nak kena ready duit, abis 2 tahun nak kena ready duit. Untuk apa? Tak lain tak bukan, nak dapatkan maid baru. Bukan je bengkok, leh patah aku camni.

Ya Allah.. permudahkanlah jalan hidup kami sekeluarga. Lindungilah kami dari segala musibah dan fitnah dunia. Rahmatilah kami dan redhailah kami Ya Allah. Peliharalah anak-anakku daripada sebarang perkara yang tidak diingini Ya Allah. Sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melainkanMu Ya Allah. Hanya kepadaMu aku bermohon dan hanya kepadaMu aku berserah. Engkau lakukanlah yang terbaik untukku Ya Allah kerana aku percaya setiap apa yang Engkau lakukan adalah yang terbaik buatku. Tetapkanlah imanku dan iman kami sekeluarga Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin.



Setakat ini dulu kisah Pembantu Rumah untuk slot Cerekarama. Mungkin akan bersambung lagi cerekarama ini. Tapi harapan aku ini bisa menjadi episod akhir. Udah penat rasanya bikin sinetron sebegini. Bikin pusing kepalaku dong! Mau cerita yang enak aja. Baru nyaman hidup ini sehhh..

No comments: