Sunday, March 14, 2010

mari membaca

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Allah kerana keimanan mereka, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan."

(Yunus : 9)

==========================================================================================

Mak aku memang suka membaca. Kalau sok kabar tu, dari atas muka depan 'Cetusan hati Nurani Rakyat' - Utusan Malaysia hinggalah 'Dicetak Oleh' kat bawah mukasurat akhir tu habis dibacanya. Memang takleh nak kelentong. Mak tau sumenya. Termasuk berita artis tau! Hahahah..

Boleh aku katakan pengetahuan Mak sangat luas. Itulah kelebihan orang yang suka membaca ;-))


Dek kerana nak anak-anak ni suka membaca dan luas pengetahuan, berita-berita menarik dari sok kabar Mak akan potong dan tampal kat dinding rumah kat meja makan, dekat dengan fridge supaya anak-anak boleh baca. Bila ada yang baru Mak akan ganti dengan yang lama. Dari kecik aku dah didedahkan dengan Ahli Kabinet, berita semasa, panduan kesihatan, citer politik, macam-macam lagi. Itulah hasil tampalan info di dinding yang Mak buat!

Kata orang sebab Mak aku ni cikgu, tu pasalla anak-anak dididik cenggitu. Aku tak rasa gitu. Sebab hobi membaca ni bukan hanya ada pada cikgu. Mak suka membaca dari kecik lagi. Mak pernah citer kat aku.. kecik Atuk dan Moyang aku (Atuk aku a.k.a ayah Mak meninggal waktu muda) memang suka beli sok kabar dan majalah (zaman Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaacob - banyak berkisar pasal kemerdekaan Tanah Melayu). Zaman tu sok kabar tulisan jawi, majalah Pengasuh, ntah apa lagi.. dan Mak memang suka membaca. Balik sekolah, selesaikan keje dapur, dia akan cari bahan bacaan tu.


No wonder
la kat umah aku (Terengganu) memang banyak buku. Buku ilmiah (ada yang kebanyakannya kitab Arab arwah Ayah), buku cerita, buku politik dan segala macam buku ada. Boleh bukak mini library rasanya ;-))

Itu tak termasuk lagi Beezer, Dandy, Beano, etc yang dah export ke rumah anak-anak. Dalam masa yang sama, ada lagi pertambahan buku baru yang Mak beli. The best part is Mak baca setiap buku yang dia beli! (no wonder jugak aku suka beli buku!). Cepat pulak tu Mak abis baca buku. Aku syak Mak ni ada skill speed reading :-)


Hobi Mak ni Mak perturunkan kat anak-anak. Seingat aku.. bermula dari aku darjah 1, kalau ada pameran buku, Mak mesti bawak anak-anak pegi sana. Berplastik-plastikla kami bawak balik buku. Tapi dalam setandan pisang tu takkanla semuanya sama kan. Kak Long, Abang ngan aku je yang punya hobi membaca nih. Lagi 2 orang ada hobi lain :-)

Aku memang takleh gi kedai buku. Melekat kat situ. Memang heaven. Selain daripada shopping complex, book store adalah satu lagi tempat yang boleh nak campak aku seawal kedai bukak dan jemput aku bila kedai dah tutup. Aku yang suka makan ni pun sanggup tak makan kalau dapat buku ;-))


Dan sampai sekarang setiap kali aku balik kampung, atau pun Mak datang sini, akan ada buku yang Mak hadiahkan kat aku. Ada lagi.. Mak mesti bawak keratan akhbar yang menarik. Selalunya pasal kesihatan (mostly about cancer). Dah banyak keratan akhbar kat umah aku tuh.


Ini buku ni hadiah dari Mak masa aku balik bebaru ni. Mak bagi sorang satu kat anak-anak. Buku ni highly recommended dari aku. Complete dalam buku ni. Ilmu Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, seawal bayi berusia hingga menerima jemputan dari Allah.

Kalau ada antara pembaca blog aku jumpa buku ni, cepat-cepatla rembat. Rugi sangat tak memiliknya. Buku ni jugak boleh jadi panduan untuk ibubapa kalau anak-anak yang bersekolah bertanya sebab sume sukatan pelajaran sekolah ada dalam ni.
Kalau bukan ibubapa pun aku tetap recommend sebab kitab ni very knowledgeable.

Buku ni keluaran Telaga Biru. Dalam pada tu Azi pon recommend kat aku produk Telaga Biru.

Aku pon nak menjemput kawan-kawan.. marilah kita menanam minat suka membaca. Bawakla buku ke mana saja anda pergi kecuali j*mb*n. Tempat tu tak sesuai untuk membaca. Amalan yang tak baik walaupun ramai yang amalkan.

Ada sela masa tu, kita sama-sama membaca. Banyak sangat kelebihannya. Berbaloi-baloi!

4 comments:

Unknown said...

i luv reading too but nk meghabiskan 1 buku/majalah itu..aduhai...amik ms sungguh...payah nk konsentrate...br bc 2 page..dh nantuk...uhuk3x...

Anonymous said...

syukur sangat keje stats ni...sebulan 2-3 kali ceramah....ustaz zahazan..datuk ismail kamus baru ja datang bagi ceramah....jumaat sentiasa ada aktiviti agama untuk muslimat

patutlah Allah bagi rezeki akak di sini...

Unknown said...

br jer order itu buku kt sini - http://www.bukuonline2u.com/

cahaya petunjuk said...

cikpuding,
tahniah!

kak effa,
setiap kurniaan dari Allah tu adalah yang terbaik untuk kita ;-)