""Aku bertanya, Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci kematian?" Baginda bersabda, "Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredhaanNya dan syurgaNya, nescaya dia pasti suka bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksaan serta kemurkaan Allah, dia tidak akan suka bertemu dengan Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya.""
(Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Tauhid, Hadis Nombor 6950)
(Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Tauhid, Hadis Nombor 6950)
==========================================================================================
Aku selalu mengalami masalah dalam membeli beberapa barang keperluan peribadi. Contoh yang paling nyata ialah membeli kasut (kasut untuk gi keje) dan handbag. Tak taulah nape. Payah betol aku nak berkenan. Ada je yang kurang di mata aku.
Kalau nak beli kasut tu selalu mengalami masalah. Kaki aku ni kalau beli saiz 6, kecik. Kalau beli saiz 7 besor bapok la pulok! Saiz 6 1/2? Ada tu ada tapi very limited. Bila dah buleh pakai, design pulak aku tak berkenan. Sudahnya balik tangan kosong jer. (Sesuai selipar Tat Sing je gamoknya aku nih).
Aku tak bape suka kasut yang tutup penuh sebab selalunya kaki aku akan sakit. Kasut makan kaki orang kabo. Makanya aku selalu beli kasut yang bertutup depan sahaja. Tak cantik takpe asal selesa. Cuma tak formal la pulak kan.
Kasut aku jarang bertumit. Bukan tak kepingin tapi kalo aku pakai kasut bertumit, aku selalu nampak tinggi daripada opismet aku bila berjalan. Tu yang den tak gomar tuh.
Aku pernah beli satu kasut tumit tinggi. Memang bertahan lama. Aku sangat suka kasut tu sebab sangat selesa. Aku rasa tu lah satu-satunya kasut yang aku suka dan puashati. Dekat 4 tahun jugak aku pakai kasut tu. Okay la 4 tahun tu kan. Memang tahan betol. Aku buang pon sebab dah uzur dan dah banyak kali lagak ngeri yang aku buat. Veri denjeres.
Lepas pada kejadian tu aku pernah jugak beli kasut bertumit konon nak ganti kasut best tuh. Tapi patah tak tumbuh hilang tak berganti. Ada 4 pasang kasut aku beli (bukan pada satu masa). Tapi asikla tak selesa. Nak pakai tak boleh. Buat sakit hati je. Daripada jadi bahan tontonan adalah lebih afdhal aku bagi kat member aku. Menyesal beli? Memula tu memang nyesal tapi bila dah tak nampak di depan mata, tiada lagi penyesalan tersebut. Sungguhlah dermawan aku ni yer :-((
Lepas pada kasut kesayangan aku tu dah rosak memang aku tak pernah jumpa kasut yang betol-betol buat aku puashati. Aku hanya pakai sandal bertumit bila pegi keje (sungguh tak sesuweiiiii kan!) Tak pon lagi satu kasut yang bertutup depan tapi tak bertumit. Pegi meeting pun itulah kasut yang aku pakai. Sungguh tak formal. Kalo pi kursus Protokol & Etiket Sosial, harus 20% je aku dapat tang gaya. Tak pun, takde markah.
Bukan aku taknak cari kasut formal. Aku dah cari cuma pencarian sering menemui kegagalan. Agaknya aku ni choosy sangat sebab tu lah susah bonar nak dapek kasut. Berikut aku senaraikan kriteria kasut idaman hati aku (kasut nak gi keje) :
1) berwarna hitam
2) tinggi tidak melebihi 1 inci. 1 1/2 tu boleh consider lagi.
3) A shape. Kalo tak dapat A shape pun takpe janji bukan bulat
4) tak keras, very comfort
5) mesti menang memakai. Tak mau pakai 2-3 bulan pastu kaki sakit or kasut jadi tak best.
Choosy ke aku ni? Tak kan..
Tapi setiap masalah pasti ada penyelesaian kan. Kekecewaanku terubat jua akhirnya. Aku diperkenalkan dengan satu kasut oleh Che Su. Bila aku cuba, wow! Memang puashati. Hatiku berbunga keriangan.
Inilah kasut pengganti kasut aku yang lama tuh. Bila aku test rupanya saiz kaki aku cuma 5 1/2. Umur nak masuk 33 tahun baru tau saiz sebenar kaki aku. Haru.. haru. Kata salesgirl tu kasut ni ikut size UK. Lantok hangla saiz UK ke Zimbabwe ker.. janji suit ngan kaki aku. Cuma.. bila aku match ngan size biasa ni, terbukti kaki aku saiz 6.
Maka timbullah kemusykilan di benakku. Adakah kaki manusia ni makin mengecik bila makin meningkat usia? Atau aku sorang je mengalami shrinking feet process?
Apa-apa pun, berterima kasihlah pada Che Su kerana telah menyumbangkan idea membeli kasut ni. Alhamdulillah.. memang makcik suko!
4 comments:
norul,saya pun mengalami masalah pencarian kasut yg sesuai mcm awak.. saiz kalau buleh nak 4.5 inci tp sokmo tkde..lau primavera..saiz 4 mcm saiz 5 kedai lain.. so sandal bertumit jugala ke opis..kasut baru nurul tu cun.;)
hehe..orang yang cadang jenama tu pun tak mampu beli kasut sekufu dengannya ;)
Macam ku tahu jenama a.k.a cap kasut tuh :) memang kitanya saiz 5 1/2 kalau jenama jenama yang di teka tu betullah...kaki tak membesarpun dear hehhe...
Musykil bila kata che su yang recommend? $%&@? hehehe jgn mare che su
zie,
tq. kita ni tergolong di kalangan kaki yang kasutnya saiz 1/2 ;-))
suhaila,
ye ke...
zam,
hepi sungguh dapat kasut nih ;-))
Post a Comment