Wednesday, March 10, 2010

'hadiah' dariNya

"Dan jagalah dirimu daripada (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong."

(Al-Baqarah : 48)

==========================================================================================

Entry ni special untuk seorang sahabat aku yang baru dilanda musibah. Aku sangat bersimpati dengan seorang rakan.. sebuah keluarga. Yang satu ketika dulu cukup bahagia dan ceria tapi direntap dengan ujian yang melanda tanpa disangka-sangka.


Apa yang berlaku cukup menginsafkan aku. Aku rasa lately aku banyak dihujani dengan cerita-cerita ujian dari Allah. Membuatkan lebih kuat getaran hatiku bahawa tiada yang kekal di dunia ini. Semua adalah milikNya. Dan manusia itu terlalu terbatas keupayaannya. Sangat terbatas. Tiada yang dapat menolong manusia lain kecuali Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Sekelip mata semuanya boleh berlaku tanpa alarm. Mungkin ia ujian, mungkin juga ia satu kifarah. Betapa pentingnya muhasabah di dalam diri.

Walau apa pun, perlu sentiasa ingat. Ujian yang datang kepada kita itu memang setanding dengan iman kita. Jadi wahai sahabat.. bersyukurlah dirimu kepada Allah, dan berbahagialah kerana Allah menyayangimu. Sesungguhnya Allah amat menyayangimu. Dan kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang sesama makhluk.

Walaupun begitu caranya tetapi janganlah dirimu bersedih kerana Allah itu Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang. Segala yang berlaku pasti ada hikmah dariNya.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sesungguhnya manusia takkan sunyi daripada ujian dariNya. Setiap makhluk telah ditetapkan qada' dan qadar masing-masing. Hargailah kehidupan ini. Dia kasihkan dirimu. Dia memberikan pahala kepadamu dengan demikian cara.


Dan ketahuilah olehmu bahawa ujian itu sebenarnya 'hadiah' dari Allah. Dinaikkan darjatmu. Itulah kemanisan dan kelazatan iman yang tidak dikecapi oleh insan lain.

Ulama selalu bersedih jika hidupnya tidak didatangi ujian kerana sangkanya Allah sudah tidak menyayanginya lagi. Berbeza betul dengan manusia biasa yang sangat takut dengan ujian Allah. Aku tidak menuding jari pada sesiapa. Aku jua begitu. Betapa jauhnya tingkat iman aku dengan hamba Allah yang berilmu. MasyaAllah..

Buat sahabatku..

Sememangnya kita diuji dengan pelbagai cara namun cabaran emosi sukar dihadapi. Keyakinan kepada Allah bahawa kepadaNya kita serahkan seluruh jiwa dan raga akan memberikan ketenangan yang abadi. Moga Allah akan mempermudahkan perjalanan merintis jalan Firdausi.

ps : Puan Sri Siantan ni agak kurang kelapangan sejak kebelakangan ni, tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik. Pohon maaf di atas sebarang kekurangan.

No comments: