Wednesday, February 10, 2010

tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanan mereka, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan."

(Yunus : 9)

==========================================================================================

Lupa lak aku nak update citer Abang Naim. 1 Februari hari tu kami bawak Abang Naim ke Hospital Sungai Buloh. MC la Abang Naim. Maklumla.. sekolah kat Selangor. Hmm.. baru 2 bulan sekolah.. MC dah 2 hari. Cukup setahun mau 12 hari MC. Hahaha..

Jauh sungguh hospital aku pegi tu kan. Hasil pertolongan Kak Long.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan bahawa) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) : Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan."

(Al-Insyirah : 5-6)

Aku pegang ayat tu. Arwah ayah selalu ingatkan tu. Memang sentiasa ada kemudahan di sebalik kesukaran.


Aku jumpa doktor yang Alhamdulillah, itu je yang aku boleh kata. Naim sekarang treat dengan Singulair untuk 30 hari. TCA lagi 6 minggu (15 Mac 2010). Sama lak cam appoinment Saba ngan Hospital Serdang. Appoinment aku lak minggu depan tu (22 Mac 2010). Kojo eh poie hospital yolahh..

Memandangkan both TCA tu time cuti skolah, makanya sudah pastilah aku tak berpeluang untuk bercuti di kampung kelahiranku. Arakian, haruslah aku memohon cuti sementelah telah lama aku tidak pulang ke tanah tumpah darahku.

Maka dengan bangganya aku mengisytiharkan bahawa.. minggu depan aku akan bercuti seminggu untuk pulang ke negeri kelahiranku.. untuk menatap wajah ibu kesayanganku. Yippieeee!!!

Banyak cita-cita aku nih. Nok makang nasik dagang, pulut lepa, nasik kuning, khepok leko, laksang, laksa, butir nake,.. nok gi Pata Batu Burok lagi.. ah.. dok sabor ghasenya..

Anak-anak aku memang dok menghitung hari dah ni. Seminggu tuh nak cuti. Memang heaven betol rasanya. Cino pun tak cuti lamo cam aku cuti. Hahahaha..

Negeriku.. nantikan kepulangankuuuuuu!!!!!

3 comments:

sollehkarim said...

assalamualaikum k.cahaya petunjuk, ade kenal ke?saje bace..g spital sgbuloh duk kt dept mane?wife sy keje kt ED..tp rasenye on d day k.cahaya petunjuk g spital tuh, kami blk kg kot..amek anak..
so..how the treatment there?klo dtg lagi..kot2 la singgah ED..roger2 la..klo ade yg boleh ditolong...:)

Anonymous said...

knrl, saba sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan utk kite sume...ameen..

cahaya petunjuk said...

solleh,
i know u :-) time kasih di atas offer tersebut. treatment ok. alhamdulillah sume ok.

saba,
insyaAllah. Allah sentiasa bersama kita kan..