Sunday, January 24, 2010

colour of my life

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu meningal dunia melainkan dalam keadaan memeluk agama Islam."

(Ali-Imran : 102)

==========================================================================================

Pagi Jumaat Naim dah lemah sket. Aku pun nampak. Aku pun pernah rasa masa kecik dulu.

Malam Naim dah takleh nak tido. Breath still wheezing. Dryness cough. Macam pagi tadi. Tapi ini even worse. Baring memang siksa sangat. Aku soh dia tido sambil duduk. Aku kat sebelah dia. Gosok-gosok dada dia yang dah sapu ngan Vicks. Aku tau cemana dia rasa. Cam yang aku kata, aku pun pernah rasa cenggitu masa kecik dulu. Aircond dah tutup. Kipas pun no 1 je. Aku pakaikan sweater dan selimutkan dia. Nothing improved.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.. Naim masih begitu. Takleh jadi. Asthma takleh buat main.

Aku kejut Ayah. Kami bertiga bawak naim ke Emergency Hospital Putrajaya. Itu je yang aku nampak. Lepas check kat Triage, Naim terus dibawak ke dalam. Takde queue untuk pesakit asthma. Ayah follow. Aku kat luar selesaikan urusan pendaftaran.

Dah selesai, aku masuk ke dalam. Here is my boy, Naim..

Naim kat atas kerusi kena masuk oksigen.

Sian aku tengok Naim camtu. Tapi dia ok. Dia sentiasa ok.

Lepas dah masuk oksigen tu, kami jumpa doktor. Dapat ubat.. Salbutamol, Phenergan (Promethazine) dan Prednisolone. Salbutamol tu ubat asthma. Phenergan tu ubat selsema. Prednisolone tu steroid. Erkkk!!!

Biar betol doktor ni!

Lepas aku tanya Kak Long, memang betol tu ubat untuk pesakit asthma. Tapi takleh makan lama. Dalam 5 hari je. Steroid boleh merapuhkan tulang. Cuma Phenergan tu tak sepatutnya diberikan kepada pesakit asthma. Cemana la doktor ni boleh prescribe ubat tu kat anak aku..

Jadi puan-puan, kalau anak puan-puan dapat asthma dan doktor bagi Phenergan (Promethazine), janganlah puan-puan bagi Phenergan tu kat anak-anak. Makin teruk asthma tu nanti.

Gitulah liku-liku membesarkan anak. Full of unexpected thing. Dan yang paling kena pegang ialah, semua ni adalah milikNya. Ni baru 2 orang anak.

Doa aku cuma 1, moga anak-anak aku sentiasa dipelihara Allah. Dan moga aku dipanjangkan umur untuk sentiasa diberi peluang menjaga dan mendidik anak-anak aku.

2 comments:

Munajah Cinta said...

norul, budak2 asthma mmg horror.kesian sgt bila kena attack. perhaps naim not too severe. hanif pon gitu gak. mostly due to cuaca, makan benda2 sejuk, alahan debu, habuk. ada doc ckp..by the time diaorg khatan..should be okay.take care to you and kids :)

Lisa said...

erm....macam mana ler doktor blh bg ubt mcmtu..er betul..nsb baik k norul th gak..kalau org bg jer...