"Mereka tidak merasai kematian di dalam syurga itu selain dari mati yang mereka rasai di dunia dahulu, dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (mereka diberikan sesuatu itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian, itulah kemenangan yang besar."
(Ad-Dukhan : 56-57)
(Ad-Dukhan : 56-57)
==========================================================================================
Semua ibu bapa/penjaga,
Murid-murid Tahun 1,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya,
Persiaran Bestari, Zon Flagships 2,
63000 Cyberjaya
Tuan/Puan,
TAKLIMAT IBU BAPA DAN UJIAN DIAGNOSTIK AWAL MURID TAHUN 1/2010
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Terima kasih kerana memilih sekolah ini untuk persekolahan anak tuan/puan. Taklimat ibu bapa dan Ujian Diagnostik Tahun 1 tersebut akan bermula seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 2 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Cyberjaya
3. Murid Tahun 1 yang akan menduduki Ujian Diagnostik perlu membawa bersama alat tulis dan pensel warna serta berpakaian sesuai.
4. Diharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama agar pengurusan pentadbiran sekolah dapat diurus dengan kemas dan teratur. Segala keperihatinan dan kerjasama tuan/puan kami ucapkan ribuan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
...............................
6 comments:
hmmmm...mcm x caya je kan...dah nk sekolah dah anak2 kite...semoga menjadi anak yg soleh/solehah serta cerdik /pandai...
waaahhh..naim dh nk masuk thn 1 yerrrr....blajo rajin2 tau..pesan untie puding....ahaks...
dila,
Amin. moga Allah mudahkan semuanya.
cikpuding,
baju skolah naim tak beli lagi nih :-O
wah dah masuk standard 1 dah yer..cepatnya masa berlalu,macam baru jer naim dtg main2 kat opis lama..dah besar dia..sama faqihah(anak kak liza) la yer..good luck naim dari untie zi.
dah besar dah zie.. mak dia lak yg saspen ;-)
smoga dipermudahkan perjalanan naim sbg student...nurin pun nak msuk tadika dah nx yr..
Post a Comment