Wednesday, December 09, 2009

hidup sering diuji

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At-Taubah :129 )

======================================================================================================

macam-macam la aku ni..
kenapa macam-macam?

sebab.. aku rasa sakit kepala.

bila sakit ni mulala aku pikir macam-macam.

tapi memang sakit.


di mana lokasi sakit tersebut?

kordinatnya di belakang kepala sebelah kanan, di tengah-tengah antara telinga dan tengah kepala.

kalau ditanya sebelah serebrum, sereblum, medula oblongata,.. sudah terang lagi bersuluh, memang aku takleh jawab.
bukanlah sakit sentiasa.

tapi bila ditekan sakit gitu..


cemana aku nak explain kadar sakitnya?
oh.. sakitnya seperti kita terhantuk kepala ngan apa sahaja, samada dinding, meja waima besi sekalipun.


adakah sakit berdenyut-denyut?

jawapannya tidak.
sakit bilamana ditekan dengan jariku yang tak seberapa mulus ni.


adakah ia bengkak?
jawapannya pun tidak.
tapi kadar sakitnya tu macam kalau ada bengkak yang ditekan.

bila ditekan pulak mula la aku
burp.

yang paling buat aku over concern ialah..

1) kadang-kadang aku ada bau pening (pernah korang bau pening? susah lak aku nak explain bau pening ni)
2) kadang-kadang aku rasa sesak nafas ala-ala tak cukup gas O2 (symptom apakah itu?)

3) pernah aku nampak bling bling ala-ala bintang cam weng gitu..
4) aku memang fobia ngan sebarang penyakit di atas sebab dot dot dot.

aku cuba kenalpasti apakah punca aku sakit kepala :
a) faktor kerja - terlalu sebok sejak kebelakangan dan kedepanan ini.
b) tidur yang tidak mencukupi disebabkan kerja yang banyak (bebaru ni aku tido sejam sahaja - aku kena tido 8 jam sehari!)
c) letih dan penat memerah otak di tempat kerja
d) stress dengan kehidupan yang sangat sebok
e) penambahan ahli keluarga

selepas dianalisa secara kritikal, faktor (e) memang ditolak mentah-mentah. Perkara (a)-(d), beberapa strategi dan pelan tindakan tidak memberi jawapan kepada sakit setempat di kepala di kordinat yang dinyatakan di atas.

Maka kesimpulannya, aku masih buntu (Ubuntu) memikirkan kenapa aku rasa sakit kepala. Esok aku nak gi sepital.

Sekian laporan untuk hari ini.

3 comments:

Wawa said...

kalau faktor e, kemungkinan tidak sebab rasa sakit macam sakit tekan kat tempat bengkak.sbb faktor e disertai oleh rasa mual dan loya..hehehe..bau penin aku tatau kalau bau hujan aku tau le..puan ada salah posisi tidur ka? ape2 pun, puan pi check le ye..risau pulak saya..

Unknown said...

mudah2han tiada yg serius keh...amin...

Dila said...

camne Nono..dah check doc blm...apa doc ckp? InsyaAllah x de apa2....

Take a rest k....