"Dan berkatalah pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman : "Ikutlah jalan agama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)". Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikit pun, dan sesungguhnya mereka adalah bedusta."
(Al-Ankabut : 12)
==============================================================(Al-Ankabut : 12)
pencuci mulut tanpa menggunakan oven..... Triffle!!

Bahan-bahan :
1) 1 gulung swiss roll yang telah dipotong (perasa ikut pemakan triffle)
2) 1 tin fruit cocktail (suggested Del Monte's brand - tak kisah Fiesta ke Tropical ke) - toskan buah-buah tersebut - air jangan dibuang.
3) 1 tin susu cair
4) Air
5) 3 sudu besar tepung kastard
6) Kristal jelly 3 perasa (jelly kotak cap Nona - perasa pun ikut suka pemakan triffle)
7) Whipped cream/chocolate rice warna-warni (jika suka)
Cara-cara membuat custard :
1) Masak susu cair, 1 tin air (gunakan tin susu cair) dan tepung kastard hingga pekat.
Cara-cara membuat trifle :
1) Susun swiss roll yang telah dipotong. Preferably mangkuk kaca supaya nampak lapisan triffle (tak pyrex pun takpe). Jangan bagi ada ruang/rongga antara swiss roll tersebut. Jika ada, penuhkan dengan swiss roll yang lain.
3) Tuang sedikit air koktel ke atas swiss roll tadi.
4) Sediakan lapisan jelly yang pertama : Campurkan 1 paket jeli dengan air panas mengikut sukatan yang dinyatakan pada kotak. Tuangkan ke atas swiss roll yang telah diatur tadi dan sejukkan. Jelly akan keras pada suhu bilik so tak perlu masukkan ke dalam peti ais.
5) Letakkan buah-buahan dari koktel/fresh fruit tadi ke atas lapisan pertama.
6) Sediakan lapisan jelly yang kedua : Caranya sama seperti lapisan jelly yang pertama.
7) Tuangkan jelly ke atas koktel tadi dan sejukkan.
8) Sediakan lapisan jelly yang ketiga dan tuangkan ke atas lapisan jelly yang kedua.
9) Untuk lapisan yang keempat, tuangkan custard yang telah dimasak tadi ke atas jelly dan masukkan ke dalam peti ais.
Sebelum dihidangkan, letakkan whipped cream di atas custard (jika suka) dan taburkan fresh fruit/chocolate rice warna warni (jika suka).
perhatian : tak semestinya fni banyak lapis. kalau tak suka banyak lapis, boleh dibuat selapis sahaja. maknanya jeli hanya 1 perasa sahaja. cara membuat akan jadi lebih singkat. Lepas langkah (4) terus ke langkah (9).
selamat mencuba!
3 comments:
kecur liur tgk strawberi tuh..ni gmbr trifle yg nono buat ke? thanks nono..nanti milah cuba buat.
gambar hiasan jer ni.. heheh..
bila puan kamilah nak buat ni.. hmmm..
Post a Comment