"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)
(Al-Ankabut : 9)
(Al-Ankabut : 9)
==============================================================
atas permintaan Puan Kamilah dan rakan-rakan yang lain melalui emel dan sms.. dipersembahkan resepi puding roti.. made in Dengkil!!!
Bahan-bahan
1) 5 keping roti, disapu mentega
2) 75g campuran buah-buahan kering (kalau taknak ikut timbang pun takpe. kalau suka banyak, boleh letak lebih)
3) 450ml susu segar (ada ukuran satu botol dutch lady fresh milk 450ml)
4) 3 biji telur
5) 25g gula (5 sudu makan gula)
6) sedikit esen vanila
7) sedikit serbuk buah pala/serbuk kulit kayu manis
8) aiskrim/susu cair yang telah dimasak (jika suka)
Cara membuatnya :
1) Atur roti yang telah disapu mentega ke dalam loyang. Roti boleh dipotong segitiga atau cemana gaya ikut suka hati pembuat puding roti.
*2) Jika roti masih berlebihan (maknanya loyang kecik) boleh tabur buah-buah campuran kalau suka.
*3) Susun lagi roti ke dalam loyang.
4) Panaskan susu segar di atas api sederhana tetapi jangan sampai mendidih.
5) Pukul gula dan telur sampai kembang.
6) Masukkan sedikit esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur.
7) Masukkan susu yang dipanaskan tadi ke dalam mangkuk telur yang telah dipukul dan kacau sebati.
8) Tuangkan bancuhan ke atas susunan roti.
9) Tabur lagi buah-buahan campuran dan serbuk buah pala/serbuk kulit kayu manis.
10) Biarkan 15 minit supaya roti agak kembang sedikit.
11) Bakar di dalam ketuhar 20-30 minit pada suhu 160-170'C.
12) Boleh dihidang bersama aiskrim atau susu cair yang telah dimasak atau dimakan begitu sahaja.
perhatian : langkah 2 dan 3 adalah bagi loyang bersaiz kecil. maknanya 5 keping roti tak dapat dimuatkan pada satu lapisan. jika semua roti dah dimasukkan ke dalam loyang, sila abaikan langkah 2 dan 3.
selamat mencuba!
6 comments:
Assalamualaikum Nono,
Waaah tak sangka, Nono ada bakat terpendam tuh! Alhamdulillah... baguslah kalau cenggitu..
Dear mana resepi ayam gulung tuh..bagus la tahun nih buka kelas masakan :)
Nono.tq..dah tak sabar nk cuba nih, tp nk kena pi beli oven dulu la..pandai wat triffle tak?
iza,
waalaikumussalam. janganlah puji.. malu la i.. hahah..
zam,
resepi ayam gulung akan menyusul selepas ini ;-)
milah,
resepi trifle pun akan menyusul selepas ini.. tungguuuuu........
fuyooo..cayalah pn nono. Kalu bukak bakery ni sahih laku....
hehe.. bakery N&N..
Post a Comment