Wednesday, August 19, 2009

rencah kehidupan

"Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya : 'Kun" (jadilah), maka jadilah ia."

(An-Nahl : 40)

==============================================================

lately
aku banyak didatangi dengan kisah hidup hamba Allah yang bernama manusia.. dari cerita perkahwinan, perkahwinan yang belum dikurniakan zuriat, kelahiran, perceraian.. sume ada.. complete rasanya..

semuanya melibatkan insan di sekelilingku..

kisah suami curang.. kisah suami miang dan isteri orang gedik.. kisah suami yang tidak mempedulikan isteri.. kisah suami yang mendera emosi isteri dan anak-anak.. kisah isteri yang hampir putus asa dengan perlakuan suami.. dan macam-macam lagi..

semua tu buat aku terfikir.. manusia tetap manusia.. bila-bila masa sahaja hati boleh dibolak-balikkan.. bila-bila masa sahaja hati boleh berubah..

maka dengan itu.. walau apa keadaan sekalipun.. setiap manusia perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.. contigency plan kata orang..

kunci kepada kerukunan rumahtangga hanya satu.. nawaitu setiap pekahwinan perlulah betul.. bukan hanya inginkan yang 'satu' itu sahaja.. amanah Allah perlu dipikul.. kepercayaan dan ingatan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara dan satu hari kita semua akan kembali kepadaNya untuk dihisab di atas perlakuan kita di dunia perlu sentiasa utuh di dalam hati..

dan yang paling utama.. yang sering aku sebut-sebut dan mengingatkan diriku sendiri.. sayangilah mana-mana insan ini seadanya.. sayangilah mereka seadanya.. jangan sesekali menyayangi mereka melebihi kasih sayangmu kepada Maha Pencipta.. sekali timbul perasaan itu di dalam dirimu.. engkau telah meletakkan dirimu di ambang kemusnahan.. tiada manusia yang sempurna sahabatku..

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjinya pasti

kasihilah Allah melebihi segala-galanya kerana kasih sayang Allah itu mengatasi kasih sayang sesama manusia.. tiada manusia yang sanggup bersama-sama kita di kala susah dan senang.. namun Allah tetap bersama kita walau apa keadaan kita sekalipun.. bukankah itu bermakna kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang sesama manusia?

"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan RasulNya melebihi cintanya kepada kedua ibubapanya, hartanya dan manusia keseluruhannya bahkan lebih daripada jiwa raganya sendiri."

(Sabda Rasulullah)

pada ketika perasaan itu terpahat di hatimu.. engkau akan merasakan engkau tidak memerlukan sesiapa lagi selain Allah swt..

tapi said is easier than done rite? bukan senang untuk sentiasa berada di tangga tersebut.. iman ini ada turun naiknya..

dari situlah pentingnya bertaqwa kepada Allah dengan berterusan.. dari situlah perlunya amalan yang istiqamah.. supaya apabila iman kita berada di bawah.. kita mampu bertapak untuk naik ke atas.. walaupun secara perlahan tetapi kita tetap maju ke depan tanpa menoleh ke belakang..

wallahua'lam.. just 2 cents of mine..


tak sabar sangat rasanya nak sambut Ramadhan.. jari-jari ni asik menghitung hari.. tapi sedih jugak nak tinggalkan Syaaban..
Ya Allah.. Engkau berilah peluang kepadaku mengecapi Ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan dan rahmat dariMu..

1 comment:

yatie said...

Betul tu

Apa sahaja dugaan/ujian yang datang, hanya satu yang dapat menyelamatkan kita. Sama jugak dengan kes curang mencurangi pasangan. Kata orang 'makan luar' memang la sedap, tapi nak sedap sampai bila. Hidup ni singkat. Ingat mati, ingat dosa yang akan ditunjukkan depan mata di sana kelak. Insyaallah, petua untuk menjadi pasangan yang setia ialah, 'ingat2lah pada mati'