Friday, June 12, 2009

renjis-renjis dipilis siri akhir

"Sesungguhnya hartabenda kamu dan anak² kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."

(At-Taghabun : 15)

=============================================================

untuk kesekian kalinya.. tibalah acara 'nyambut natu' (sambut menantu : rujuk kamus di bawah) di Terengganu.. majlis berlangsung pada 7 Jun 2009..



antara tetamu yang hadir di khemah kaum lelaki


antara tetamu yang hadir di khemah kaum perempuan


ketibaan mempelai diapit oleh Abang serta kakak ipar.. payung pun main blasah jer.. sempoi je family aku!


keluarga pengantin perempuan menikmati juadah di majlis makan beradab


kedua mempelai asyik menikmati hidangan

majlis adik aku ni dibuat dengan kadar sederhana..

teringat lagi pesan arwah ayah.. jangan besarkan sangat majlis walimah.. nanti akan timbul perasaan riak dalam diri.. yang penting.. lakukan yang wajib.. majlis perlu disertai oleh pelbagai golongan.. bukan hanya yang kaya menjadi tetamu.. tiada keberkatan majlis tu nanti.. itu pesan arwah ayah..


untuk majlis adik aku kali ni.. kami sediakan
backdrop untuk pengantin bergambar.. tiada pelamin.. jauh sekali untuk bersanding.. kamar tidur dihias secara sederhana.. dan sudah pasti tiada sebarang muzik diperdengarkan ketika majlis..

dipetik dari At-Tirmizi meriwayatkan hadis Rasulullah bermaksud: “Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.”



bergambar di backdrop bertemakan hijau pucuk pisang bersama ahli keluarga pengantin perempuan


Mak dan mak mertua yang mempunyai nama yang sama.. tinggal lagi Mak kami ada 'Nik'


raja sehari


bersama ahli keluarga pengantin lelaki.. cubaan memboriakan diri..


bergambar di kamar tidur


antara tetamu yang hadir ialah anak sedara arwah ayah yang jugak merupakan sepupu aku.. ayah aku ni anak bongsu so sepupu² aku kebanyakannya dah agak berusia dan punya cucu! walaupun berusia namun kesihatannya alhamdulillah baik.. mungkin kerana melakukan kerja² kampung yang sentiasa mendapat cahaya matahari pagi (vit D tuh!)

antara sepupu aku yang hadir ialah anak kepada kakak ayah.. ayah sayang sangat kakak dia ni berbanding adik-beradik yang lain.. sebab kakak dia nilah yang sanggup buat apa sahaja untuk dia semasa ada hayatnya (ayah aku anak yatim piatu sejak berumur 7 tahun)..


kisah arwah ayah aku memang menyayat hati.. jauh lebih dhaif daripada rancangan Bersamamu.. tak perlu dibayar untuk mengalirakan airmata.. airmata pasti akan mengalir umpama Air Terjun Sekayu jika dihayati kisah hidupnya.. kalau aku punya kewangan lebih.. harus aku berjumpa A Samad Said atau Rashid Sibir untuk difilemkan liku² kehidupan arwah ayah yang sangat mencabar.. kisah ayah yang sangat berani.. tak takutkan sesiapa melainkan Allah.. dan banyak lagi yang membuatkan aku merasakan ayah ialah ayah yang terbaik di dunia!


bila mata bertentang mata antara aku dan Kak Yah (Safiah namanya).. mata aku asik nak bergenang.. sekejap aku toleh ke lain.. sekejap aku tarik nafas dalam².. sekejap aku gelak.. semua tu bertujuan untuk kaver daripada manik jernih jatuh..
ditambah pulak bila sepupu² aku ni bercerita pasal ayah..

Ya Allah.. Tuhan saja yang tau apa perasaan aku masa tu.. mungkin aku rindukan arwah ayah.. mungkin jugak aku rasa sebab dah lama tak jumpa family sebelah ayah.. mungkin aku terngiang-ngiang nasihat² dan cerita ayah di satu ketika dahulu..
atau mungkin membayangkan alangkah indahnya andainya ayah ada pada ketika itu..

Subhanallah.. aku amat berharap dapat berjumpa ayah di syurga nanti..


ayah pernah berpesan.. kalau nak memilih kawan.. janganlah dipilih untuk berkawan dengan orang kaya.. kerana orang kaya itu sering berkepentingan dalam bersahabat.. tidak seperti golongan miskin yang ikhlas dalam bersahabat dan menolong orang..
fikir² dan renung²kan..


*sambut menantu ialah istilah masyarakat Pantai Timur untuk meraikan penganti perempuan yang telah bergelar menantu kepada ibu pengantin lelaki.. majlis ini selalunya tidak dilakukan secara besar²an.. hanya sekadar menunjukkan rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaanNya menyempurnakan majlis pernikahan yang telah selamat dilakukan dan kesyukuran kepada Yang Maha Esa mengurniakan dan menganugerahkan pertambahan ahli keluarga baru dalam sesebuah keluarga..

No comments: