Friday, June 12, 2009

renjis-renjis dipilis siri 1

"Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kamu kepada Rasul Allah; maka jika kamu berpaling (daripada mentaati Rasul Kami, kamulah yang akan menderita bukan Rasul Kami) kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah²) dengan jelas nyata."

(At-Taghabun : 12)

==============================================================

peristiwa ini berlaku tanggal 31 Mei 2009 di Prai, Pulau Pinang.. peristiwa yang menjadikan peralihan status adik aku daripada bujang kepada suami orang..



pengantin lelaki bergambar bersama bonda sebelum majlis bermula


pengantin perempuan tampak ayu dan malu² gitu di samping ahli keluarganya..


khusyu' mendengar tazkirah daripada kadhi..


"Aku terima nikah....." disaksikan oleh Abang, bapa mertua dan saudara-mara yang lain..


alhamdulillah.. selamat semuanya..

antara saat yang menakungkan air di ruang mata aku.. bukan sedih tetapi gembira dan hiba.. kawin dah adik aku akhirnya.. kekadang rasa cam dia kecik lagi.. mungkin title 'ibu' yang kupegang menjadikan hati aku cepat benar tersentuh.. ni kalau Naim Najwa kawin harus banjir aku di hari bersejarah tu.. hahahaha..


lafaz taklik yang dibacakan pengantin lelaki yang telah bergelar suami


sarungkan cincin


pakaikan bracelet (maskahwin)


penyerahan wang hantaran daripada suami kepada isteri disaksikan oleh sanak saudara.. tak kurang juga si jelita berbaju merah sebagai pelakon tambahan.. psstt.. hasil keje kami adik beradik nih!


tanda sah bergelar suami isteri


restu daripada seorang ibu


menantu Mak.. adik ipar kami..


semoga dapat membina sebuah keluarga yang sentiasa dalam keberkatan Allah - Kak Long


jaga keluarga baik-baik - Abang Dan


bimbinglah isteri dan keluarga ke jalan yang diredhai Allah - Mi


adikku.. sejauh mana pun dirimu berada.. syurga tetap di bawah telapak kaki ibu..

No comments: