"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Al-Baqarah : 186)
(Al-Baqarah : 186)
==============================================================
Pelakon :
J
N
Pelakon tambahan :
M
S
Z
petang itu N menerima arahan daripada J.. supaya memulangkan barang milik M pada minggu berikutnya memandangkan arahan pemulangan yang diterima itu jatuh pada hari jumaat.. bersama barang pinjaman itu N diarah untuk menyediakan satu surat sebagai bukti penyerahan barang tersebut..
dek kerana hari sudah petang.. N mengambil keputusan untuk menyediakan surat pada hari isnin minggu berikutnya.. N memang begitu.. begitu yakin dengan kebolehannya menyiapkan kerja di akhir-akhir minit..
tiba hari isnin.. setibanya di tempat kerja.. N terus on PC tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.. dan seperti keyakinannya.. surat berjaya disiapkan dan ditandatangani oleh pihak berwajib dalam tempoh tidak kurang daripada 15 minit..
malangnya surat beserta barang tersebut tidak dapat dipulangkan di pagi hari seperti niat di hati N memandangkan S (ketua di situ) mengadakan satu mesyuarat yang memerlukan N serta J menghadirinya..
mesyuarat tamat hampir jam 1 tengahari.. surat ke mana.. barang pinjaman entah ke mana..
tapi bagi N semua tu bisa diatur memandangkan M mohon pemulangan itu pada hari isnin.. tidak dinyatakan pagi atau petang.. petang pun masih isnin lagi.. N memang begitu.. sentiasa steady..
jam 1 tengahari J menanya kepada N.. bilakah pemulangan akan dibuat.. N mengatakan yang beliau akan mengarahkan Z untuk memulangkan barang tersebut selepas waktu makan tengahari.. arahan kepada Z akan disampaikan sesudah tamat waktu rehat memandangakan jam 1 - 2 adalah waktu untuk makan..
barang tersebut disimpan N di dalam wardrobe milik N..
jam 1.45.. N tiba di tempatnya selepas selesai mengisi tuntutan perut.. nama Z dipanggil bertujuan untuk meminta Z memulangkan barang tersebut kepada M..
tiba-tiba.. dari dalam biliknya.. J mengatakan yang barang tersebut telah diambil..
what??? J ambil barang daripada wardrobe N?
tuan² dan puan²..
apakah yang dilakukan oleh N? nantikan di episod akan datang? uh.. takde maknanya!
N ialah aku.. J ialah bos aku..
temperature aku tetiba naik.. takla sampai 100 degree.. but 70 degree gak la..
ada ke patut sesuka hati mak bapak atuk nenek moyang monyet dia bukak wardrobe aku? tu dah kira menceroboh hak aku.. naper aku marah sangat? sebab ada barang SX dalam wardrobe aku? ah.. pedulik apa aku barang SX ke.. SGX ke..
point aku kat sini ialah.. bos aku ni terlalu mendesak.. terlalu mendesakkkkkk!!!!! kalau nak sesuatu.. dan² tu jugak dia nak..
dia tau aku akan bagitau anak buah aku.. tapi dia tak sabar.. selongkar tempat aku.. bukak wardrobe aku.. amik barang tanpa pengetahuan aku.. mencuri namanya tu!!!!
ggrrrrr.. geramnya aku! bukannya bumi ni dah nak terbalik nak kena pulangkan dan² tuh! kalaupun bumi nak terbalik nak kiamat.. uh takde maknanya nak pikir perkara ranting camtuh!
lepas amik tu bukannya terus keluar pi pulangkan pun.. dia dok call sape ntah.. kalo tunggu aku balik pun bukan tak sempat.. hang pesen lagu mana weiii????
apa jenis umat ni pun aku tak tau.. tak reti nak sabar ke.. cuba bawak bersabar.. ni tidak.. tak kira waktu makan ke hapa.. soh orang buat keje jugak.. jangan tak caya.. dia boleh ajak orang diskas kol 1.30 tengahari tuhhhh!!!!
entah.. aku rasa nak marah betol kat dia.. lama dah aku tak rasa nak marah orang nih.. hari ni aku rasa dia dah memang melampau.. atau mungkin sebab dah lama aku bersabar.. makanya kali ni kesabaran aku dah tak dapat dibendung..
entah.. angin semacam jer aku hari nih.. penangan pembawakan budak? ah! takde bawak budak orang tua pun.. isu ini tidak ada kena mengena dengan isu kehamilan..
berbalik kepada kisah tadi..
dia perasan aku lain macam tadi.. but tak tau dia pasan ke tak aku marah kat dia (anak buah marah bos.. boleh gitu?).. dia nampak aku gitu but still dok ajak aku pegi satu tempat ni.. pasal keje gak la.. kan aku dah kata dia suka mendesak..
tapi dek kerana aku hangennnnn kat dia.. aku kata aku nak gi pos opis la bank la urusan maid la tah mana lagi alasan aku bagi.. sib baik tak kata nak gi melancong ke eiffel tower.. hahahahah.. aku jual minyak jer.. yang sebenarnya aku gi poskan Jerneh kat Baizah.. pueh hati aku..
kalau dia tak buat gitu.. memang aku akan usahakan jugak nak follow dia selepas selesai urusan Jerneh aku tuh.. dah cenggitu dia buat kat aku.. lain tahun je lah aku follow..
petang tadi sebelom pukul 6 aku dah balik.. tak pernah aku balik seawal tuh.. daripada buat keje tak ikhlas lebih baik aku balik.. pahala pun tak dapat..
pssttt.. Baizah.. cemana performance Jerneh?
3 comments:
ni bukan kes kurang asam.
ni dah kira kurang siuman dah ni...!
hahahah.. setuju!!!!
he..he..he.. bos ini perkara baru nie...rasanye tak pernah plak dia buat mcm tue. tapi memang tak patut pun dia buat macam tue.. kalau setakat brg atas meja ok lar gak.. tapi bila dah kat dlm wordrobe.. salah tue...
Post a Comment