Friday, February 20, 2009

relek jer..

"Dan orang² yang bertaqwa kepada tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu²nya sedia terbuka dan penjaga²nya mengalu-alukan mereka dengan berkata : "Selamat sejahtera kepada kamu! Berbahagialah kamu! Maka silalah masuk ke dalam syurga ini, dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya.""

(Az-Zumar : 73)

==============================================================

aku ada 3 org bos.. sorang jantina berlawanan dengan aku dan lagi 2 org sama cam aku..


sorang bos mmg otai kat sini.. lagi 2 org ni baru lagi..

bebaru ni sorang bos dah angkat bendera putih.. mintak tukar.. dan dah pun diluluskan..

kenapa mintak tukar? banyak sebab yang tak dapat dinyatakan di sini..


sorang member aku, F ditarik ke jabatan lain (keje bagus ginilah jadinya)..

sorang member aku dari unit lain, M kemungkinan akan ditarik bagi menggantikan tempat F..

M berusaha untuk tukar skim dek kerana tidak sanggup menanggung tugas F yang berat itu.. uh! kritikal..

aku jugak baru dapat big bos baru menggantikan big bos yang dah naik pangkat..

dia ok.. maklum sahajalah.. jantinanya lelaki.. (baca : bukan sebab cas berbeza aku suka dia) orangnya sempoi.. boleh melawak..

bos yang otai tu dah stress (pada pengamatan aku) sebab :
1) dia obses dengan keje tapi big bos aku ni cool.. cool as ice bebeh..
2) dia dah lama mintak tukar tapi tak diluluskan.. kalo takleh tukar saya PS je katanya..

3) anak seliaannya tak bersungguh dalam bekerja (pada pandangannya).. pandangan aku pulak.. anak seliaannya stress dan memerlukan rawatan minda.. kueng kueng kueng..

aku? agak bahaya pada mulanya..

sebab? sebab aku taknak jadi bos kat sini.. wakakakaka..

anak buah seliaan aku memang dah syok giler tengah berangan-angan aku jadi bos kat sini.. aku? bagi yolah kek oghang lain..

kenapa taknak jadi bos kat sini?

tak sanggup dibebani dengan keje banyak?
tak sanggup datang miting hari sabtu?
tak sanggup entertain customer di hujung minggu?
tak sanggup datang training hari sabtu/ahad?
tak sanggup keje bagai tiada hari esok?

mungkin sesetengah daripada senarai kat atas tu aku bagi tanda tick.. tapi yang utama.. aku perlukan environment baru.. dan aku perlukan kehidupan lain.. heheheh..

aku tak nafi makin kita di atas.. makin tinggi tanggungjawab.. tapi.. aku jua perlukan masa aku bersama family.. (bercuti ke Disneyland ke.. bukannya di sini land.. uh!)

dan aku rasa tak syok kalo aku promoted dan still stay kat sini.. respek anak seliaan aku tak sama sepertimana aku promoted ke tempat lain..
hmm.. bercakap melalui pengalaman rakan sebaya..

susah untuk aku explain cara bekerja di sini.. kalau aku hantar borang kaji selidik.. keputusan yang aku dapat - harus 85% - 90% tidak mahu lagi berada di sini.. gulp!

tapi aku ok.. jauh sekali untuk stress.. mana² arahan yang aku rasa tak masuk akal/tak relevan.. aku buat tak paham jer.. nawaitu aku datang keje Lillahi Taala.. bukan kerana sesiapa.. Allah yang bagi rezeki kat aku.. bukannya manusia lain..


bak kata sorang kawan aku.. once you've get promoted.. you have to move out to find something new.. tak kira walau keluar tu akan masuk mulut buaya.. kehidupan lain perlu dicari..

bila dipikirkan.. betol jugak.. tak boleh terlalu lama berada di comfort zone.. bahaya untuk diri sendiri dan jugak career..

tak boleh jugak terlalu lama di lautan api.. hahahah..

abis tu.. cemana kalo keluar mulut singa masuk mulut buaya? hmm.. buat masa ni aku rasa masuk mulut naga pun ok.. yang penting cari kenalan lain.. suasana lain.. dan yang utama.. tambah pengalaman!


tapi usah risau.. giliran aku untuk menjadi bos belum lagi tiba.. jadi aku relek jer..

1 comment:

Effa Ahmad said...

akak pun nak join masuk mulut naga....dah rentung dah pun duduk lautan api sekarang ni...