Wednesday, February 04, 2009

munajat cinta

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang² yang mengetahui dengan orang² yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang² yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang² yang berakal sempurna."

(Az-Zumar : 9)

==============================================================


"Sabar aku dah sampai ke penghujung. Dia nak kawin lain. Aku pasrah & redha. Kami akan berpisah."


itu sms daripada sahabat aku mlm tadi.. aku cuba menghubunginya tapi tiada jawapan.. ya Allah.. cemana ngan sahabat aku ni? ok ke dia? aku tau she needs a friend to share with.. to support her..


pagi tadi aku on hp.. sms darinya aku terima.. "Aku ok. Jangan risau. Aku dah tak menangis."

hati aku masih tak tenteram.. pagi ini aku hubunginya lagi.. still tiada jawapan..
"Aku ok. Aku kat rumah adik aku. Aku dah takde apa² ngan dia."

ya Allah..
aku call dia lagi.. yet still no answer.. aku tergamam.. doa aku moga dia ok.. mungkin dia masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang cerita denganku..

aku tau sequence kisah hidup dia.. masakan tidak.. dia merupakan sahabatku yang telah kuanggap seperti adik beradikku sendiri.. kami banyak berkongsi cerita sejak dari dulu.. ah! terlalu mudah hati seorang lelaki yang memegang title suami dan bapa untuk berpaling..

punca perpisahan?

bila hati dah tak suka.. banyak sebab yang akan timbul..

"awak sakit.. dah tak macam dulu"

"dia lebih memahami saya"

"awak tak dapat bagi apa yang saya nak"

dan.. bla bla bla..

tapi itulah kehidupan.. kehidupan di dunia yang fana.. manusia tetap manusia..

kerana itulah perlu dipahatkan utuh di dalam hati.. Hasbunallahu wa ni'mal wakil.. cukuplah Allah bagiku.. cukuplah Allah.. cukuplah Allah.. ya Allah.. hanya Engkau yang mengetahui perasaanku ketika menulis bait² pujian untukMu.. hidup dan matiku kuserahkan padaMu ya Allah..

tanamkan di dalam hati hanya Allah di hatimu.. Allah merupakan tempat pertama di hatimu.. walau apa yang berlaku.. Allah pasti menolongmu.. dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa hambaNya.. apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk dirimu..

"Dear.. I'm ok.. aku kini lebih tenang.. sesungguhnya Allah Maha Kaya"

hiba tatkala aku membaca sms darinya.. ya.. sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.. diberi ketenangan kepada sahabatku di atas kesabaran dan keyakinan sahabatku kepadaNya.. Allah Maha Penyayang..
kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang sesama manusia kan.. terasa kerdilnya aku di sisiNya..

alhamdulillah.. alhamdulillah.. hanya itu yang mampu aku katakan.. dan andaikata dikau memerlukan seorang insan untuk menyokongmu.. akulah insan itu.. aku sentiasa berada di belakangmu mendoakan kesejahteraanmu dan anak²mu yang telah kuanggap seperti anakku sendiri..

buat sahabatku.. andaikata dikau membaca nukilanku ini.. i know you can go thru it.. Allah sentiasa bersamamu sahabat.. yakinlah pada Allah.. ingatlah Allah setiap masa.. Allah sentiasa memerhati setiap gerak gerimu.. dan Allah mengetahui apa yang tersirat di hatimu.. sesungguhnya Allah amat menyayangimu.. Allah amat menyayangimu.. munajatkanlah cintamu kepada Dia yang satu!

1 comment:

:: AZI HAFIZA :: said...

Utk sahabat nono tu, percayalah.. dia bukan lelaki terbaik yg Allah ciptakan utuk dirimu. Demi anak2, kuatkan semangat. Jgn dikisah umpatan org krn hanya kita dan Allah shj yg benar2 memahami...