Sunday, December 28, 2008

sementara dewasa

"Dan penghuni-penghuni syurga berseru kepada penghuni neraka (dengan mengatakan): "Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami janjikan kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh apa (azab) yang Tuhan kamu janjikan (kepada kamu)?" Mereka (penduduk neraka) menjawab : "Betul". Kemudian azanlah seorang muazzin (malaikat) mengumumkan antara dua golongan itu, (azan itu berbunyi), 'Kutukan (laknat) Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.'"

(Al-A'raf : 44)

==============================================================

boleh dikatakan hari-hari dear Naim and the geng (sepupu-sepupu) main basikal kat kawasan surau depan rumah aku..

hari aku EL tu dear Naim balik dari surau ngan nangis-nangis.. aikkk??? mana basikal?

Naim tunjuk kat dada dia luka.. jatuh basikal.. uh.. terkejut gak aku.. besar luka tuh.. darah.. lebam sume ada..

aku bawak dia masuk..memula aku ingat nak basuh luka tu ngan dettol.. but ingat Kak Long kata.. air garam or air biasa tu pun lagi bagus.. so aku mandikan Naim merangkap basuh luka..

lepas pakai baju.. terusla pegi umah Dr Husnina untuk mendapat rawatan lanjut.. 1st thing yang Kak Long kata ialah.. "Hmm.. sakit tuh.. kena tulang rusuk.." memang pun.. aku pun nampak sakit but aku buat cam biasa.. aku kena cool.. kalau aku tunjukkan sakit.. anak aku berganda la sakitnya..

treatment dari Kak Long bermula.. 

disuruhnya Pi amik stetoskop.. check denyutan nadi.. lup-dap jantung.. breath in breath out.. cubaan batuk.. tekan area luka.. sume tu nak tengok kalau-kalau ada fracture.. alhamdulillah.. kata Kak Long unlikely fracture..

Kak Long citer balik cemana symptom patah tulang rusuk.. contoh terdekat ialah arwah ayah aku.. arwah ayah pernah accident sebelum dia accident yang menyebabkan kematiannya.. tulang rusuknya patah.. aku nampak ayah susah nak bernafas.. bila batuk jelas terbayang kesakitan yang dialami.. tapi tak pernah ayah tunjukkan yang dia sakit.. dia masih seperti biasa.. aku tak boleh nak ingat keadaan tuh.. setiap kali aku ingat.. setiap kali itulah aku rasa sedih yang amat dan membuatkan aku rasa terlalu sukar untuk mencari manusia yang baik di dunia ni..

dah.. kita ke cerita asal.. taknak bukak citer sedih.. 

bila tau takde yang patah.. lega rasanya.. takyah gi emergency Hospital Putrajaya buat x-ray kat my dear Naim..

first aid kit dah amik.. chlorhexidine diletakkan pada cotton ball.. dan Kak Long dab pada tempat luka.. aku tau sakit.. dan maha pedih.. chlorhexidine tu ialah antiseptik.. ubat yang letak kat pusat baby baru lahir sebelum dan selepas tanggal pusat tuh..

Naim melompat dan meraung.. sakit sangat.. aku tau but kena buat jugak.. lepas berhempas pulas.. aku la dab kat dada dia.. lepas tu barulah letak flavine.. flavine ni ubat luka.. ala.. yang kaler kuning tuh..

tempat yang lebam tu aku boleh letak zam-buk.. aku diperkenalkan dengan zam-buk ni masa kecik lagi.. bila kami adik beradik jatuh dan lebam.. bicuk bak kata orang terengganu.. zam-buk la ubatnya.. memang berkesan.. but harus diingat.. zam-buk ni takleh letak kat tempat luka.. tempat bruised jer..

hari ni luka dah baik.. alhamdulillah.. kata Kak Long.. gitulah liku-liku nak besarkan anak.. bukan senangkan.. sebab tulah jangan derhaka pada orang tua.. tu baru sikit.. tak masuk lagi.. bersengkang mata mak bapak jaga anak-anak..

banyak sangat Allah tolong aku kan.. aku ada kakak yang job scopenya merawat orang.. duduk pulak sebelah umah aku jer.. ya Allah.. banyak betul jalan aku yang Allah mudahkan jika nak dibandingkan dengan nikmat yang ditarik..

4 comments:

Noorz said...

Adham pun salah seorang stuntman yang x bertauliah..mak selalu pesan Allah pelihara budak2 tapi kita ibu bapa jgn amik kesempatan la kan...Zam buk tu kami gunakan untuk gigitan nyamuk aje...byk la penggunaannya ye

cahaya petunjuk said...

betol zam.. budak² ni Allah jaga.. dlm pada kita jaga tu kekadang terlepas jugak..

Effa Ahmad said...

akak benda2 camni la yang tak tahan..cepat sangat gabra....mula la asyik pikir -ve ja....banyak nak kena belaja kat norul ni....

cahaya petunjuk said...

buleh kak effa.. no prob.. me still learning as well ;-))