Monday, December 01, 2008

hidupkan rohani

"Dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya."

(Toha : 130)

==============================================================


buku adalah antara teman rapat aku.. kalau pegi bookstore.. lepas satu.. satu buku aku amik.. pegang.. baca dan belek.. kalau menarik.. aku pegang.. bila dah nampak cam banyak yang aku pegang.. aku nengok rege buku² tu.. congak² dalam kepala.. makanya daripada 5 buah dalam tangan bertukar menjadi 2 buah..

"Dik.. tolong simpankan buku ni kat saya.. insyaAllah bulan depan saya akan datang beli.." (baca : dialog ini hanya boleh dilakukan di kedai² kecik sahaja.. amat tak sessuaaaiiiiii dilakukan di MPH, Kinokuniya mahupun Popular)

bajet lari sehh.. kuantiti buku yang dibeli untuk bulan tu terpaksa dikurangkan..

tu adalah senario rutin diri aku apabila mengunjungi kedai buku.. aku mmg tekad akan beli buku idaman hati the next month.. bagi aku abis duit sikit takpe.. pelaburan akhirat.. sbb bagi aku.. melalui pembacaan.. jiwa aku sentiasa hidup.. minda aku akan bersedia untuk meneruskan kehidupan yang aku sendiri tidak pasti kesudahannya..

.
.
.
.
.

sementara menunggu opismet aku lunch.. aku pusing² kat Warta tu.. dan cam biasa.. tempat favourite aku ialah kedai buku.. especially yg ada buku² berunsur agama.. buku berunsur bahasa if then else ni tak pernahla terbit minat di dalam hati aku..
heheheh.. buku masak dan jahit? lagi la aku tolak tepi.. leh download sume tu.. hahahaha.. alasan sentiasa ada..

lepas Amalan Sepanjang Hayat dalam genggaman (tak tau lah berapa kali aku nak beli buku ni.. rasanya kalo jumpa lenkali aku beli lagi.. heheh).. aku menelusuri satu persatu buku yang dijual.. rambang betul mata ini rasanya.. andai kupunya uang berjuta.. harus kurembat kesemua buku² yang menarik minatku (kalo punya uang berjuta takde nak rembat dah.. bukak kedai buku la pulak kan!)

mata aku tertarik dengan satu buku.. 'Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah'.. dah lama aku nengok buku ni kat situ tapi tak pernah terpikir untuk membacanya.. but kali ni lain.. aku belek.. dan baca.. helaian demi helaian.. leka aku membacanya.. sangat leka.. dengan background nasyid memuji Allah
.. sesekali serasa takungan airmata ini penuh.. Allahuakbar!

selingan..
time dengar nasyid tu.. dahhh.. rasa nak beli CD tu pulak!.. kata hati : leh download tuh.. pembelian CD dibatalkan.. kata mak aku.. aku ni suka ngabihkan barang kat kedai atau dengan kata lain.. suka soping.. ahaks!

dan aku menoleh ke arah baju² yang dijual di booth berdekatan.. cubaan untuk mengkaver apa yang aku rasa.. supaya tidak ketara takungan airmata tersebut di hadapan insan lain.. dan supaya airmata tersebut tidak jatuh ke pipi..

hiba.. dan terasa amat kerdil aku disisiNya..

handphone berdering.. opismet dah menunggu di basement parking.. aku bayar harga 3 buah buku.. oh ya! lagi satu buku aku beli tu nanti aku kabo kat next entry..

tak dapat nak ulas panjang.. aku rasa buku ni sangat sesuai dibaca oleh semua insan yang bergelar hamba Allah.. bukan hanya kepada ibubapa yang mempunyai anak istimewa.. ingatan kepada hamba Allah untuk mengakui betapa hebatnya dugaan Allah terhadap hamba pilihanNya.. betapa hebatnya kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya.. betapa manusia ini tidak bersyukur dengan kurniaan yang diberikanNya.. betapa manusia ini selalu meminta yang terbaik tetapi tidak berusaha untuk mendapat yang terbaik.. betapa kesabaran dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah itu sangat penting dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini..

buku ni jugak bagi aku dapat memberi semangat kepada sesiapa sahaja.. kepada yang sakit atau yang sihat.. kepada yang sedang kesedihan.. supaya dapat mengetahui bagaimanakah kehidupan yang sebenar.. supaya manusia dapat menilai bahawa sesungguhnya tidak ada manusia yang tidak diuji.. dan sehebat mana pun ujian yang diberikan kepada kita.. masih ada lagi insan yang menerima ujian yang lebih berat daripada kita.. buku ni juga menyelitkan unsur panduan dan motivasi kepada insan yang berpijak di bumi Allah..

so.. jemputlah memiliki dan membaca buku tersebut.. aku jua telah berbuat demikian.. aku ada jumpa blog penulis.. kalau ada yang nak visit boleh klik sini

No comments: