"Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang (kamu) sebutkan dengan terus-terang, dan juga Dia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)."
(Al-Anbiya' : 110)
===============================================================
rumah 1 :
tetamu : hallo (sambil menggoncang pintu pagar rumah)
bibik : cari siapa?
tetamu : saya datang mau betulkan water filter
bibik : tuan rumah tiada di rumah
tetamu : takpe.. tuan rumah dah talipon saya mintak datang
bibik : ??? nanti saya talipon tuan rumah
tetamu : takpe.. saya tersilap rumah
rumah 2 :
tetamu : tuan rumah mintak saya tengok dan betulkan paip
anak tuan rumah : masuklah (ada kat rumah sbb ponteng skolah)
anak tuan rumah yg lbh muda (6 thn) : kenapa abang bagi masuk? kan mak dah pesan jgn bagi org masuk kalau mak takde..
tetamu telah pun berada dalam bilik ke2 dan ke3 di tingkat atas.
adik yg lebih bijak dan berani sepantas kilat membuka pintu master bedroom (bilik terkunci) dan mengunci dari dalam. terus menghubungi ibunya..
anak : mak ada mintak orang datang betulkan paip ke?
ibu : tak. kenapa?
anak : ada org dalam rumah kita..
10 minit kemudian ibu sampai ke rumah tersebut..
tolong!! tolong!! ada pencuri!!
'tetamu²' yg pada ketika itu sedang memegang screw driver panik dan gubra.. terus berlari keluar dari rumah tersebut..
rumah 3 :
tetamu : hallo.. saya datang mau betulkan paip
bibik : tuan rumah takde
tetamu : saya tau tapi tuan rumah dah talipon saya mintak betulkan paip
bibik : (bukak gate dan pintu rumah)
15 minit kemudian 'tetamu²' tersebut keluar dari rumah menaiki satria hitam yg mana rakan²nya telah menunggu dalam keta tersebut.. sebuah laptop, 2 buah handphone dan barang² kemas bernilai RM3K++ lesap sekelip mata..
itulah 3 senario penjahat yg merompak di bandar bukit puchong, selang beberapa buah saja dari rumah aku 2 hari lepas.. kejadian tu berlaku berturut-turut pada hari yg sama di waktu tengahari.. dari satu rumah ke rumah yg lain.. dia dah aim tengahari sbb time tu tuan rumah mmg takde.. yg ada cuma bibiks jer.. dah dapat 'hasil' baru diorang puashati dan chow camtu jer..
scary.. bibik rumah 1 lbh bijak drpd bibik rumah 3 sbb bibik rumah 3 tu bibik baru.. tak tau senario penjahat di malaysia.. anak no 2 yg ponteng skolah tu seakan kena pukau.. relekkkk jer bagi penjahat tu masuk dlm rumah.. sib baik adik perempuan 6 tahun tu lbh pantas.. sib baik jugak penjahat tu gubra dan blah camtu jer.. walhal kat tangan dia ada screw driver.. dibuatnya dia stab mana² insan dlm rumah tu.. wa iya'uzubillah..
aku? aku mmg tawakkal pada Allah.. mulut aku tak renti pesan kat bibik..
1) jangan sesekali bukak gate kecuali adik-beradik aku (dia dah kenal adik-beradik aku) yg datang.. tak kira apa alasan org waima membawa mesej aku kat hospital sekalipun (ni pesan mak aku masa aku kecik² dulu).. jgn sesekali bukak gate..
2) grille kena kunci n mangga setiap masa..
3) almost 12 o'clock afternoon wajib tunggu my dear Naim kat gate.. make sure Naim sampai terus bukak gate and bawak dia masuk
4) jangan bawak Naim Najwa keluar main.. tunggu sampai aku balik (previously aku bagi main basikal dlm kawasan porch keta - la ni mmg takleh dah)
5) kol aku kalo ada apa² (antara sbb hp aku ni aku bawak ke hulu hilir)
pesan aku kat Naim pulak (pesan yg dah mmg sebati ngan aku sbb mak aku pun pesan camni masa aku kecik dulu)..
1) jgn naik keta sesiapa kecuali Auntie Yong, Ayah Mama, Ayah Long, Cik Long, Ayah Ngah n Cik Ngah.. kalau ada org nak hantar Naim balik rumah after skul (eg cikgu Naim), mintak org tu kol mama dulu (Naim tau no tipon mama)
2) jgn ikut sesiapa walaupun orang tu kata Ayah/Mama yg soh Naim naik, Ayah/Mama kat hospital, etc
3) Naim kat rumah jgn bukak grille (Naim dah pandai bukak grille that's why aku mintak bibik magga sekali grille).. tak kira sape yg datang sbb aku tau kalao adik-beradik aku dtg pasti kol aku..
Naim lak.. setiap kali aku nak pesan mestilah dia kata.. 'Naim dah tau'.. dan lepas tu.. dia akan sambung pesanan aku.. heheh.. that's my boy! so far Naim still cakna dgn setiap pesanan aku..
camtu skali kan.. tak selamat betol skarang nih.. setiap hari aku tinggalkan anak² aku.. mmg aku tawakkal pd Allah.. mintak Allah lindungi anak² aku drpd segala yg tak baik.. wa iya'uzubillah..
hubaya-hubaya dgn keadaan skarang ni.. manusia mmg terdesak dan sanggup buat apa sahaja..
2 comments:
sampai gitu sekali k nono pesan ngan anak2 k nono yer. Tp memang betul pun,. Kengkadang dok keje ingat keselamatan anak2 di rumah.
dunia skrg mmg tak selamat yatie..
Post a Comment