(Al-Anbiya' : 103)
==============================================================
27 ramadhan 1429H (sabtu)
bertolak menuju ke rumah mertua aku di batu kikir lbh kurang pukul 10 pagi (bersama attachment : biskut² raya & muruku)
28 ramadhan 1429H (ahad)
selepas aktiviti breakfast (baca : anak² sahaja) dan aktiviti bersalam-salaman serta cium pipi mak mertua, kami bertolak ke kuala terengganu lbh kurang jam 11 tengahari.. (bersama attachment : biskut² raya & muruku + dragon fruit n anak pokok dragon fruit - cam biasa boot keta mmg fullllll campur ngan luggage lagik)
tiba di rumah mak jam 6 petang.. alhamdulillah.. sempat berbuka di rumah mak..
29 ramadhan 1429H (isnin)
persiapan raya (mengemas rumah, etc).. rutin biasa ngan kakak aku ialah buat buat biskut raya (cornflakes ler apa lagi).. peh tu kami ngan hubby aku tanam anak pokok dragon fruit yg dibeli di tanjong ipoh tu (jangan tak caya! umah aku ada 3 btg pokok buah naga tuh!)..
hubby aku menyambung tugas mengetuk tempurung kelapa.. aku pun turut sama mengetuk.. lenguh bahu sehhh.. tula.. keje asik dlm pejabat jer.. sekali kena buat keje fizikal ni lebih drpd ketiak berpeluh! (cemana org tanam padi, toreh getah, buruh keje kan..)
Pi (anak sedara aku) n Naim turut sama mengetuk walaupun Naim lebih bertindak sbg project manager drpd pekerja.. hahahahah!! citer pasal tempurung kelapa maybe ramai yang tak tau apa kejadahnya tempurung kelapa diketuk..
aku diperkenalkan dengan tempurung kelapa ni oleh arwah ayah.. kata ayah.. masa dia kecik dulu setiap kali raya dia akan cari tempurung kelapa dan buat lubang.. pastu pacak pada tiang.. malam raya bakarla tempurung tu.. untuk apa? ia bertindak menggantikan pelita.. kata ayah.. dia tak mampu nak beli pelita mcm org lain.. jadi dia guna apa saja yg boleh menggantikan pelita.. kami anak² ayah ni tetap meneruskan tradisi yg ayah tinggalkan.. org yg betol² kampung jer yg bakar tempurung nih sbb tak mampu nak beli pelita cam org lain.. lantokle apa org nak kata.. aku memang asal org kampung..
*kakak aku, Mi dah cari siap² tempurung kelapa ni dekat Pasar Gaghek (nama skarang PBB - Pasar Bukit Besar) 2-3 hari sebelum raya..
- dan.. inilah hasilnya -
30 ramadhan 1429H (selasa)buat biskut raya lagi (biskut ni maha laku.. baru je siap sekelip mata je dah abis).. dan aku buat roti kismis! ni mmg puashati sbb mak aku kata sedap! 'Dah pencen nanti bukakla kedai roti', kata mak aku.. auwww!! kembang semangkuk ler aku.. heheh..
malam raya
kami dapat 7 tiang untuk dibakar tempurung.. thanks a zillion to my beloved hubby.. lps smayang maghrib hubby aku dah bakar ketujuh-tujuh tiang tempurung tu.. kanak² la yg paling hepi.. dan.. aku pun turut sama hepi.. malam tu jugak kami buat barbeku kecil²an..
masak² utk makan raya? takde.. family aku tak pernah buat masak² raya.. masa ayah ada dulu.. katanya malam raya kita bergembira.. bukannya meletihkan diri di dapur.. so makanan utk raya sume sub-con kat org.. heheh..
1 syawal 1429H (rabu)
beramai-ramai sembahyang raya di surau taman jaya.. yg tinggal di rumah cuma 3 bibiks dan kanak² bawah 7 tahun..
bersalam-salaman dan bergambar.. bila bercerita pasal bergambar ni.. family aku takleh lawan family hubby aku.. sbb aku cuma 5 beradik.. yg dah kawin cuma 3 org.. anak² pun tak ramai.. paling ramai 4 org.. tu pun kalau turn aku balik terengganu raya pertama.. abang aku balik kedah rumah in law dia.. time dia balik terengganu.. aku lak balik n9..
so kuantiti manusia mmg tak ramai.. but aku rasa ok jugak shift camtu ngan abang aku.. walau sebenarnya for sure aku nak gather sama² adik beradik.. but kalau tak shift camtu nanti 2 tahun sekali pasti rumah mak hanya akan ada family kak long jer.. next year tu will be 3 family.. sian mak aku.. sunyi ooo.. kak long bukannya leh dok umah aku je.. in law dia pun org terengganu so dok pi mai pi mai.. sian la mak aku..
No comments:
Post a Comment