"Kami tdk menurunkan Al-Qur'an kpdmu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan, hanya utk menjadi peringatan bg org² yg takut melanggar perintah Allah. (al-Qur'an) diturunkan dari (tuhan) yg menciptakan bumi & langit yg tinggi iaitu (Allah) Ar-Rahman, yg bersemayam di atas Arasy. Dialah jua yg memiliki sgl yg ada di langit, & yg ada di bumi, serta yg ada di antara keduanya, & juga yg ada di bwh tanah basah di perut bumi."
(Toha : 1-6)
================================================================
tadi aku dgr ceramah penerapan nilai murni.. penceramah dato' abu hassan din al hafiz bertajuk Kesucian Al-Qur'an.. ceramah yg sgt menarik sepertimana tajuknya.. tak guna aku ulas panjang.. aku sampaikan kesimpulan yg sempat aku salin..
nuzul bermaksud turun.. nuzul Al-Qur'an pada 17 Ramadhan.. tapi pada Lailatul Qadar Al-Qur'an juga diturunkan.. jadi mana satukah yg betul? jawapan : kedua-duanya betol.. Al-Qur'an diturunkan sebanyak 3 kali :
1) diturun & diletakkan di Luh Mahfuz sebanyak 30 juzu' yg tidak diketahui bila dan brp lama masa yg diambil (hanya Allah Yang Maha Mengetahui)
2) dipindahkan dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah (langit pertama dunia) pada mlm Lailatul Qadar yg tidak diketahui bila dan berapa lama (betapa ceteknya pengetahuan manusia kan..)
3) 17 Ramadhan ketika Rasulullah di Gua Hira'
Kesucian Al-Qur'an sbg Kalam Allah :
1) hanya boleh disentuh/dibaca/ditanggung oleh org yg suci. org yg suci :
- ada wudhu'
- bersih drpd hadas besar ( haidh, janabah, wiladah, nifas) kecuali diniatkan zikir
- org² Islam
2) bukan spt kitab² lain. al-Qur'an disusun mengikut tauqif (susunan asal/susunan azali) HARAM jika Al-Qur'an disusun balik dengan sesuka hati
3) Al-Qur'an sbg petunjuk, cth Saidina Umar hanya baca 6 ayat Surah Toha (ayat 1-6) dan hatinya menjadi lembut.
(panduan utk ibubapa : jika anak² agak degil bolehlah dibaca ayat² ini dan ditiupkan ke ubun² anak)
4) mukjizat - tak sempat sali sbb terdapat gangguan telefon..
5) dari segi kalimah iaitu ada kalimah yg boleh dibaca dengan fat-hah, taqlil dan ada yg boleh dibaca dgn imalah.
6) berupa Ayat Khususiat iaitu ayat yang ada keistimewaan untuk Rasulullah, contoh ayat 9 Surah Yaasin di mana org keliling tidak dapat melihat Rasulullah apabila Rasulullah membaca ayat tersebut.. Subhanallah.. aku rasa cukup kerdil.. aku teringin sangat jumpa Rasulullah.. tp layakkah aku berjumpa dgn Baginda.. ya Allah..
7) terdapat beberapa ayat yang tidak dapat difahami oleh manusia (dari segi nahu).. contoh ayat 63 Sura Isra'.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
8) Al-Qur'an melibatkan hukum hakam kehidupan seharian
9) Al-Qur'an sebagai penawar. Rasulullah pernah bersabda (aku tak sempat nak tulis sabda Baginda.. cuma amik intisari jer.. "Jika nak berubat.. gunalah samada Al-Qur'an atau madu".
siapa yg ingin berkasih sayang, berkasih sayanglah dengan Allah
siapa yg ingin berkawan, bacalah Al-Qur'an
siapa yg ingin sentiasa beringat, ingatilah mati.
10) membaca Al-Qur'an merupakan satu ibadat.. "Siapa yang menghafaz Al-Qur'an, pabila ia mati Allah akan memakaikan mahkota pada kedua-ibubapanya".. hiba sangat aku rasa.. alangkah bahagianya ibubapa itu.. tak dapat aku buat sebegitu utk ayah dan mak..
No comments:
Post a Comment