"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya. Allah lebih mengetahui orang² yang mahu menerima petunjuk."
(Al-Qashash : 56)
==============================================================
masa tu dah senja.. dlm pukul 7.15 mlm gitu.. aku baru nak balik.. aku tekan lif nak turun bawah.. lepas tunggu lbh kurang 2-3 minit lif bukak.. button lif yg nyala tu tunjuk turun bawah.. aku masuk dlm lif.. tekan button 1 menandakan aku nak ke tingkat 1.. nak turun ke b1 lif dah takleh nak sampai sana.. pastu pintu lif pun tutup..
tak lama kemudian pintu lif bukak.. cam biasa aku ala² clumsy ni terus kluar dari lif.. aikk.. awat aku sampai sini? (baca : aku masih di opis bukanla sampai ke planet marikh)..
aku masuk balik dlm lif tu.. tekan button 1 lagi sekali.. pintu lif pun tutup.. tp lif tak bergerak.. apa lif ni.. tadi ok jer.. aku jadi hangin.. aku tekan button bukak pintu lif and aku keluar.. aku tunggu sampai pintu lif tutup n aku tekan lagi button turun lif.. 2 pintu lif bukak.. eh! galak pulak lif ni bukak dua².. but aku dah tak masuk dlm lif yg tak skolah tu.. aku masuk lif lagi satu n tekan button 1..
dan aku berjaya sampai ke aras 1..
dlm keta on the way balik baru aku terpikir.. cemana lif boleh naik sedangkan aku tekan button turun? cemana pulak lif boleh berenti tingkat 8 sedangkan takde org pun yg tekan button kat tingkat 8 tu? atau.. ada 'sumthing' follow aku naik lif n tekan button 8.. gulp! aku tgk rearview mirror.. kot² ada 'sumthing' kat tempat duduk belakang (jgn pandang belakang).. ;-)
entah.. aku pun tak terjawab soklan tu.. mungkin 'dia' nak mengusik aku..
'tak takut ke?', tanya kak long bila aku citer kat dia.. alhamdulillah.. masa kejadian tu aku takde lak rasa takut.. cuma dlm hati aku.. lif ni pun.. dahla aku nak cepat dia mengong lak.. 'ada baca apa² ke time tu? Ayat Kursi ke..' tanya kak long lagi.. baru aku teringat.. dlm handbag aku ni mmg ada Majmu' Syarif.. Majmu' Syarif tu mmg aku sentiasa bawak.. byk sgt gunanya.. surah² yg arwah ayah soh aku hafal sume ada dlm tu.. 'Allah sentiasa jaga adik kak long kalau hati adik kak long sentiasa yakin padaNya..', kata kak long sambil tersenyum..
aku kenal sgt kakak aku ni.. semangat dan jiwa dia mmg mcm ayah.. takde kerisauan.. takde kesedihan.. takde ketakutan.. yg ada cuma kebergantungan pada Allah dan tawakkal padaNya..
--------------------------------
betul ke apa yg aku nampak tadi? mata aku tak pernah lak menipu.. tapi apa tadi tu yer..
aku pun tak tau.. aku rasa lately aku slalu nampak 'kelibat manusia'.. kelibat yang kadang² mcm bergerak laju.. kekadang mcm tgh tengok aku.. erkk!! sound scary but betull..
mmg aku nampak.. nak kata perasaan aku.. rasanya tak sbb aku takde lak rasa takut time tu.. nak kata aku ni asik terpikir 'makhluk tu'.. isshhh.. takdelah.. aku ni tak suka nengok citer² seram aka khurafat tuh..
qarin ke.. malaikat maut ke apa ke (aku pernah terbaca buku yg malaikat maut dtg jenguk kita setiap 3 minit).. aku pun tak tau.. kalau malaikat maut tu mmg scary..
tp kalau 'makluk' satu lagi tu.. 'dia' pun makhluk Allah.. aku tau 'dia' wujud tp aku tak seberani arwah ayah yang tidur di kubur di mlm hari semata-mata nak tgk setakat mana 'makhluk' tu boleh mengusik manusia.. aku juga tak seberani ayah yg mencabar 'makhluk' itu yg cuba mengusiknya pd ketika itu.. yg aku tau.. hanya mohon Allah lindungi aku drpd perkara yg tidak baik..
kalo aku bagitau mak.. mesti mak soh aku baca Al-Qur'an banyak².. baca ayat² pelindung yg mak bagi tu.. kalo aku bagitau kak long.. mesti kak long kata dun weri Allah ada.. kumpul amalan sebanyak mungkin selagi Allah berikan nikmat kehidupan pada kita..
"Iblis tu ada.. tapi jgn takut.. dia pun makhluk Allah.. dia takkan berani berbuat sesuatu pada kita kalau hati kita sentiasa yakin pada Allah.. Allah sentiasa jaga kita, anakku.. ingat pesan ayah.. sembahyang jgn tinggal.. jaga sembahyang.. mesti dalam waktu.. mengaji mesti setiap hari.. jangan tinggal walau sehari.. ingat Allah setiap masa anakku.." dan pipiku dikucup seakan menyerahkan anaknya di bawah lindungan Rabbul Jalil..
Allah sayangkan aku.. aku lalai sbb tu Allah 'tarik' aku balik.. alasan letih dan sibuk sering aku gunakan.. dan itulah punca aku mula tersasar drpd matlamat hidup aku di dunia ini.. sbb itulah Dia menguji aku sebegini.. Ya Allah.. ampunilah dosa hambaMu ini..
No comments:
Post a Comment